Saturday, February 9, 2019

Beautiful forest @ Tembeling Hornbill Valley -HULU TEMBELING

My nature experience :
Calling all nature lover to Taman Negara Bird Count 2019! The beauty of nature, is a GOD GIFT to all of us. The best opportunities to experience nature.
#bukitawan #kualasat #ulutembeling #jerantut #pahangtourism #malaysia

Pic by Sabri Abdullah
2019



Saturday, January 19, 2019

Taman Negara Bird Count 2019

Kuala Tahan, Jerantut, Pahang D.M.

Acara Taman Negara Bird Count (TNBC) kembali lagi pada tahun ini.
Details event adalah seperti makluman berikut :-

Acara : Taman Negara Bird Count 2019
Tarikh : 8 - 10 Mac 2019 (3D2N Program)
Venue : Dataran Parking Kg Kuala Tahan
Anjuran : Majlis Pengurusan Komuniti Kg Kuala Tahan (MPKK) dan Bird Group Taman Negara

Bagi pihak JK MPKK & BGTN, kami mengalu-alukan penyertaan seluruh komuniti Kuala Tahan bagi menjayakan acara pada kali ini. Acara yang telah dimasukkan didalam kalendar kebangsaan ini adalah bagi penganjuran kali ke-6 dan dijangka disertai oleh 300 pelajar meliputi pelajar sekolah Alur Tembeling, penyertaan pelajar antarabangsa, peminat-peminat 'avian' daripada UK, French dan lain-lain yang telah mengesahkan kehadiran mereka.

Tidak dapar dinafikan, isu alam sekitar semakin menjadi perhatian dan kelestarian alam semulajadi menjadi perkara penting didalam kelangsungan kehidupan manusia. Acara TNBC diteruskan bagi memupuk kesedaran kepada kepentingan penjagaan alam sekitar seperti hutan, sungai dan udara. Spesis burung yang direkod adalah indikator kepada eko-sistem habitat 'avian' disesuatu tempat.

Acara TNBC dijalankan hampir 100% oleh penduduk tempatan.

Penglibatan pelajar di Alur Tembeling dan penekanan kepada konsep Community Based Eco-Tourism (CbET)

MPKK akan bersama-sama berganding bahu melihat mekanisma yang sesuai bagi menaikkan nama Taman Negara seperti program 'Green Practice' didalam program keceriaan kampung.

Speaker daripada NWA French juga telah mengesahkan untuk memberi ceramah secara percuma pada program nanti.

Pelbagai program melibatkan komuniti Kuala Tahan seperti acara sukaneka, pameran seni, pertandingan melukis, pertandingan memasak makanan tradisional, pameran agensi kerajaan turut akan memeriahkan acara pada kali ini.

Pada sebelah malam, peserta akan dihiburkan dengan Kuala Tahan band boy 'Silara Buskers' persembahan ALAM & traditional.

Peniaga-peniaga kecil di Kuala Tahan dijemput berkampung selama 3hari 2malam bagi menjual makanan & minuman, cenderahati dan lain-lain bagi keselesaan pengunjung nanti. Sila berurusan dengan AJK Acara dan peralatan meja / khemah adalah secara sendiri.

Pada mesyuarat penyelarasan TNBC 2019, kita telah mendapat sokongan penuh daripada MP Jerantut, ADUN Tahan, MOTAC, TMP, agensi-agenasi kerajaan dan penggiat-penggiat pelancongan di Kuala Tahan bagi menjayakan acara pada kali ini.

Tahniah & syabas kepada semua !

Setiausaha TNBC2019
AJK INDUK TNBC2019



Penglibatan Acara bagi tahun ini seperti berikut ;
TNBC 2019 

Makluman :
YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan Idris – Ahli Parlimen Jerantut
YB ADUN TAHAN
Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
YB. Dato' Sri Maznah Binti Mazlan, SSAP., DSAP., DIMP., KMN., PKT.
Pengarah, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri  Pahang
Pengurus Besar, Pelancongan Negeri Pahang (PKBF)
Jemputan :
Pegawai Daerah Jerantut
Wakil Majlis Daerah Jerantut
Ketua Polis Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Jerantut
Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut (PPD)
Mr T – University Malaysia Terengganu (UMT)
Dr Rafidah bt Abdul Latif –Pegawai Kesihatan Jerantut
Penguasa Taman Negara Pahang – PERHILITAN
Dr Mohd Salleh Daim – Head of Centre for Biodiversity and Sustainable Development, UiTM
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Pagi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Gol
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Kuala Sat
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Bantal
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Mat Daling
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kg Gusai
Ketua Polis Balai, Kuala Tahan
Pegawai Perubatan, Polyklinik Kuala Tahan
Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan
Pengurus, FELCRA Tembeling Tengah
Pengurus Besar Mutiara Taman Negara Resort
Pengurus Besar Xcape Resort
Pengurus Besar Han Rainforest Resort
Pengurus Danz Eco-resort
Pengurus Jenut Holiday
Pengurus Tahan Makmur
Pengurus Wild Traveller
Pengurus TRV Motel
Pengurus Tebing Guest House
Pengurus Golden Mahseer Chalet
Pengurus Mat Leon Village
Pengurus ASIA CAMP PESONA RESORT
Pengerusi, RELA Kuala Tahan
Pengerusi, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Tahan
Presiden, Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara
Presiden, Persatuan Bot Dalaman Taman Negara (PBDTN)
Presiden, Persatuan Bot Luar Taman Negara (PBLTN)
Presiden, Persatuan Pemandu Arah Gunung Tahan, Mount life Taman Negara
Pengerusi, Benus Bird Camp (BBC)
Pengerusi, Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) Kg Pagi
En Mohamad Rosli b Abu Kassim – KRT Kuala Tahan

Wakil Orang Asli Kaum Batek – Taman Negara Pahang