Monday, June 25, 2012

Gajah duta Malaysia !

Taman Negara National Park, Pahang
Photo elephant dibawah menerima paling banyak feedback, comment daripada guest setakat hari ini. Ramai yang kagum, terkejut dan setengah nya hilang akal apabila melihat 'the biggest animal' gajah berada didepan chalet resort Mutiara secara lonely2!! Dalam posting ini, saya turunkan sekali lagi photo asal gajah yang diterima daripada journalist Majalah Qantas Air Australia. Saya menerima banyak permintaan banyak daripada guest untuk menyimpan photo ini dan saya suka berkongsi ... 'not a problem'
Diantara negara2 yang telah menerima photo ini ...
Belanda, UK, Switzerland, India, Australia, USA, Canada, Mauritius, Japan, German, dan lain2 lagi ..saya akan detailkan bagi tujuan rekod.
Bagi saya, gajah telah menjadi 'ambassador' tidak dilantik oleh Kementerian Luar Negara dan sesungguhnya tidak sedikit juga pelancong yang teruja ...syabas
Tujuannya, katakan keluar mana2 magazine diluar negara ....orang tanya sape dapat photo tu? Saya tak sabar nak jawab ...........
akulah yang antar gajah tu naik kapalterbang !!!

Sabri love elephant' ... do you?

video yg saya ambil cuma dari Office : 



Saturday, April 21, 2012

Gajah... Jinak atau konflik dalam hutan ?

apa citer ? gajah lagi
dimana ? taman negara
resort mana ? mutiara lah, mana ada lagi resort dalam Taman Negara

Bermula 12hb April 2012, seekor Gajah Liar telah memasuki kawasan resort Mutiara pada setiap malam. Setakat malam semalam, banyak pokok-pokok diantaranya Tukas, Palma serta pisang (Travellers Palm) menjadi pilihan mamalia terbesar didarat ini. Ranjer dan pihak keselamatan resort cuma dapat berkawal dengan memastikan pelancong tidak berkumpul ramai dan menghampiri mamalia tersebut daripada jarak dekat.
Ramai juga pelancong yang 'ketar lutut' bial melihat binatang ini, kalau dulu ramai bertanya macammana saya nak tengok binatang liar di Taman Negara.

Kenapa ini terjadi ...
1. Didalam tempoh 25 tahun, tidak pernah gajah memasuki sehingga ke hadapan tangga jetu Taman Negara.
2. kenapa cuma seekor ?
3. adakah gajah ini jinak dan dilepaskan suatu masa dahulu ..?
4. buat pertama kali saya melihat gajah cuma dari tingkap office saya !
5. jika gajah berperangai begini, adakah haiwan lain akan mengikuti tabiat ini ?

Pelancong terpaksa menunggu sehingga mamalia ini selesai makan dan beredar untuk memasuki chalet masing-masing. Mungkin ini satu pengalaman baru yang 'extremly' teruja kepada mereka tetapi keselamatan mereka adalah satu perkara yang berat bagi kita untuk memastikan tiada tindakan luarjangka daripada binatang tersebut.
Gajah yang sama juga menghampiri restaurant kita dan nasib tidak memasuki kedalam cuma berkeliaran dan mematahkan pokok-pokok sekitar.
Saya ditanya oleh seorang fasilitator yang bersama guru yang bercadang membawa kumpulan pelajar dari Singapore ke Taman Negara tentang tindakan jika gajah tersebut melanggar chalet di masa pelancong sedang tidur !
Tindakan menembak gajah tersebut adalah option terakhir jika ianya menyerang ganas. Pihak Perhilitan telah bersedia dengan segala kemungkinan dan kita masih berharap agar gajah tersebut tenang kembali ke hutan.
Kos yang tinggi juga diperlukan bagi operasi memindahkan gajah kerana melibatkan logistik dan menyeberang sungai.
Kita berharap agar gajah akan selesai segera tugas di resort kita dan selamat kembali ke habitat dengan emosi ditahap yang baik !

Thank you Mr Wright, the best of elephant pic !
pic 1 - elephant depan chalet no. 35
pic 2 - elephant depan GM bungalow
dan lain2 photo dari kamera tikam saya shj ...

Sabri
tg 5102


infront of chalet no.35-photo by Wright/ freelance Journalist
Mr Clifford room no. 12,14-photo by Wright
from balconi room 26
from my office ..chalet 5
nx to lobby ..
to our bungalow 8..
gambar curi drp belakang gajah ...
guest experiance


Tuesday, February 7, 2012

Pating terkena sumpahan sang Kelembai!

Kuala Tahan
Lubuk Kelembai Sg Tembeling

Balingan umpan buah sawit busuk ke dasar lubuk Kelembai telah menumpaskan nafsu sang Ikan Pating pada petang kelmarin. Rentakan kuat pating dengan cuma mata no.13 memang agak bernasib baik bagi Bob pada petang itu.
Trip yang cuma agak santai petang tersebut bersama Mr Tee Sun Tsung dan wife dari Nikon, KL bertukar menjadi satu petang yang penuh memory.

Gegak gempita seluruh resort : yang buta mohon dipimpin, yang pekak tertanya-tanya, yang bisu terus bercakap ...apabila berita tertangkapnya pating seberat 8kg sampai ke resort.
'MTN Book of record'  mencatatkan ikan tersebut sebagai terbesar dalm tempoh 22 tahun..
Kita harap akan ada lagi pating naik dimasa2 hadapan agar pating masak tempoyak dapat terus dinikmati bersama ...

info- pil bagi reduce kolesterol ada diklinik Kuala Tahan jika anda menghadapi kolesterol tinggi dalam badan.
Ikan Pating untuk dinikmati ....

Sabri





Cuba tengok juga photo menarik Pating Sungai yang telah ditangkap .... khabarnya di Sungai Pahang ..ada berani!

Bawah : Masakan popular di Pahang ...

Monday, November 28, 2011

suara dari dalam tanah?

lokasi ditemui     : dalam bilik air Mutiara
diamana Mutiara : Taman Negara

Kalau Pak Nujum seorang yang bijaksana, apa binatang didalam genggaman tangan beta? Tu citer P Ramlee, tapi spesis belalang ni tak boleh nak genggam dalam tapak tangan coz besar gila...sorok dalam baju boleh lah!

Bunyi yang agak kuat dan  nyaring diwaktu malam sahaja, tapi bila dibuat pemerhatian dengan lampu suluh...aahhh! susah nak tengok kerana warna menyebabkan kita keliru. bunyi dikeluarkan dari arah yang berbeza dari beberapa ekor belalang. Seakan suara seperti dalam tanah! Jika kita tidak fokus dan sedikit sabar jangan harap dapat tengok.

Dimana ada tumbuhan hijau disitu kita boleh melihat belalang atau grasshopper ini. Keseluruhan badan berwarna hijau. Pemerhatian kali ini tertumpu kepada seekor belalang yang bersaiz agak besar didalam public toilet di resort Mutiara.
Melompat, berjalan dan juga terbang adalah sifat semulajadi pada seekor belalang. Secara keseluruhannya belalang dibahagikan kepada 3 bahagian utama ; abdomen, thorax dan bhg kepala.
Rujuk kepada gambarajah dibawah :


Photo yang saya ambil secara menegak kerana kedudukan agak tinggi dan melekat di dinding bilik air ..





Spesifikasi belalang adalah seperti berikut:

Saiz lebih kurang 12cm panjang dari kepala ke ekor.
Terdapat 6 jointed legs ; kaki depan untuk berjalan, kaki tengah untuk memegang dan melekat kuat serta kaki belakang (jumping legs) yang kelihatan disorok diguna apabila perlu untuk melompat kuat. Sebab itu apabila kita cuba memegang, belalang akan cuba melompat dan akhirnya jumping legs akan tertanggal. Saya masih ingat masa kecil2 dulu bila tangkap belalang ni kome akan cabut kaki belakang dan dia tak boleh melompat!
Bernafas : dari lubang2 kecil yang terdapat dibahagian badan dipanggil 'Spiracles'
Diet        : tumbuh-tumbuhan hijau
Predator : birds, beetles yang bersaiz besar dan spider

Sedikit kajian saya untuk kita fikir bersama :
Kenapa kebanyakan belalang hijau ini akan hampir ke cahaya lampu?
Belalang akan melekat disatu-satu tempat untuk berehat dan biasanya dibawah sinaran cahaya. Otaknya kan memokus dan memberi perintah kepada sel-sel berpigmen warna kuning didalam kulitnya untuk membesar berbanding sel biru dibawahnya. Selepas beberapa waktu dan ketika, belalang akan berubah warna menjadi hijau dan warna yang terang akan membantu kulit memantul cahaya yang cerah. Jika keadaan cuaca agak sejuk, belalang akan berubah warna gelap kerana warna gelap akan menyerap cahaya dan haba panas berbanding terang.
fikir zikir ..


Sabri

Thursday, November 17, 2011

CICADA- the jungle orchestra !

http://www.facebook.com/pages/Taman-Negara-Specialist/215853945142284


Orang kita Melayu kabo Riang-Riang kerana bunyinya yang nyaring dan beralun-alun tanpa henti mengambarkan keriangan dan hidup tanpa kematian. Jika kita berada didalam hutan bunyi nya seakan-akan seperti kumpulan orang menggunakan mesin ‘chain saw’ ..

Juga kebanyakan Negara-negara sebelah barat dikenali sebagai ‘tree cricket’.

Ukuran panjang 2-5cm dan disesetengah Negara tropical mencecah 15cm. Jika diamati, cicada mempunyai 3 mata kecil yang terletak diatas kepala diantara 2 mata yang besar (mata kumpuan)



Perlu diketahui, hanya cicada jantan sahaja yang mengeluarkan bunyi yang nyaring bagi menarik tumpuan cicada betina untuk ‘dating’. Setiap spesis berlainan buyi dikeluarkan bergantung kepada tempat dimana habitat tersebut ditemui.

‘Life cycle’cicada ni yang agak interesting ~ dia akan berada didalam tanah sehingga paras 1 meter dan hidup sehingga 5-7 tahun. Ada terdapat fakta yang meyakinkan sehingga 17 tahun bergantung kepada jenis, habitat dan iklim sesebuah Negara. Pada peringkat ini kita panggil pra-matang dan hanya memakan dengan cara menghisap makanan daripada tisu akar pokok yang lembut (jus daripada akar pokok). Selepas tempoh tersebut, cicada yang telah matang akan keluar daripada dalam tanah dan akan mejalani hidup Cuma sekitar 4-6 minggu sahaja. Tempoh ini kita panggil tempoh ‘berbulan madu tanpa khawin’. Cicada jantan tidak makan dan minum selama tempoh tersebut dan hanya akan berusaha menarik cicada betina untuk bersama kerana masa yang terhad.

Apa diet cicada ? Cicada berpuasa selama hidup yang singkat. Tapi perlu kita ketahui, cicada dapat memproses makanan dari dalam tubuh sendiri. Terdapat sejenis enzim yang dikeluarkan apabila membuat bunyi dan dalam masa tersebut juga makanan diproses.

Bunyi dapat dikelurkan melalui vibration daripada abdomen.

Apabila menghampiri saat kematian, cicada akan melekat pada batang pokok dan jika kita bernasib baik kita akan dapat membuat pemerhatian kulit cicada kosong.

Dinegara Australia sahaja terdapat lebih 2000 spesis Cicada. Ada yang jenis dipanggil Whisky Drinker, Double Drummer dan sebagainya. Green Grocer adalah among the loudest insect in the world!

Cuba kita bayangkan, jika berda didalam hutan tanpa bunyi nyaring cicada… bagaimana hidup anda tanpa MUZIK?

Fikir,fikir kan juga kebesaran Nya dan kita sebut 'Allahuakhbar ' !

Sabri