Taman Negara
Tempat pemerhatian : Terrace, Seri Mutiara Restaurant
Masa : 8.30pm
keperluan : Torch light
Kalau zaman dulu, bulunya dikutip dan dibasuh untuk dibuat penunjuk semasa mengaji.
Akhir-akhir ini pengunjung bertuah kerana dapat melihat binatang ini di resort Mutiara TN. Landak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Porcupine (Malayan Porcupine) aktif mencari makanan pada sebelah malam dan kebetulan saya baru pekena tea tarik di SMR Restarant. Berdarah panas, melahirkan anak serta menjaga anak serta berbulu dibadan. Bersarang didalam tanah sebagai habitat utama.
Keadaan fizikal agak menakutkan tapi kita akan selamat jika mengekalkan jarak dengan binatang tersebut.
Malam itu, buah bacang yang jatuh jadi makanan Landak dan pelancong boleh mendekati mamalia tersebut apabila ianya asyik memakan dan berkeliaran disitu. Landak ini baru saja ditumbuhi bulu-bulu keras dan akan mengembang apabila diancam. Sejauh mana pendapat yang mengatakan binatang ini akan menyembur bulu-bulunya apabila terancam tidak dapat saya pastikan.
3 orang pelancong dari Itali sempat melihat kelakuan binatang yang agak menarik apabila berlari.
Sabri
Sunday, November 4, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Orang Asli Batek
Suku Kaum Bateq
![]() |
| mayat suku kaum Bateq |
Taman Negara, Pahang
Kapok, Pinang, Bemban(arwah), Muncuk, Mua adalah diantara nama2 besar kalangan Orang Asli di sini.
Walaupun sudah lama menerima kehadiran masyarakat moden, keakraban dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal di hutan belantara.
Malah mereka selesa dengan cara hidup nomad dan mencari rezeki daripada hutan. Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan mereka walaupun pemetik api. Keunikan itulah yang membezakan mereka dengan Orang Asli lain di negara ini yang kebanyakannya sudah banyak menerima kemajuan.
Di Taman Negara Pahang, Jerantut, pengunjung boleh mendekati dua kemahiran kuno yang diwarisi Orang Batek iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit. Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak diperbuat daripada kayu meranti berlubang.Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.
Nama Bateq bermaksud orang Asli Melayu . Mereka dari kumpulan Austronesia yang naik bot ke dan dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .
Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambut. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.
Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.
Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.
Apakah akan terjadi 20 tahun akan datang? Masihkah mereka masih menghuni hutan? Apakah tourist menjadi sumber pendapatan mereka berterusan?
Ikan Temelian
Teringat semasa zaman persekolahan dahulu.
Kejadian berlaku di Jeram Ampai, Kuala Tembeling apabila kumpulan ikan Temelian dijunpai sedang berlaga. Di kawasan tersebut cuma ada satu lubuk yang agak dalam dan berhadapan dengan kepala pasir jeram dimana disitulah kami memerhati ikan tersebut berlaga.
Kalau berada diparas air lebih kurang 1kaki dalam, awas jangan bergerak-gerak kerana dikhuatiri ikan akan menerjah kearah kita!
Zaman berubah, saat2 begini tiada lagi pada zaman sekarang!
photo: seekor ikan Temelian yang ditangkap di Kuala Tahan

Saturday, August 11, 2012
Asal usul Murtabak
Salam Ramadhan kareem ...
Apabila tiba bulan puasa, ramai orang ketar kepala dan sanggup berbaris panjang bagi membeli juadah ini.
Martabak adalah sejenis makanan khas dari negeri India sejak dahulu hingga sekarang. Di Indonesia ada dua jenis martabak. Di India dipanggil MOORTABA ! Orang Melayu kata Mertabok ...
Di Indon ada martabak telor, yang kedua adalah martabak terang bulan atau biasa disebut martabak manis. Di tempat kita, Malaysia cuma ada murtabak daging dan ayam sahaja dijual di bulan puasa... Di India martabak, susunannya adalah spt berikut :
Adunan tepung roti yang dibentuk sebesar telur ayam, dibanting, dilebarkan diatas meja, setelah membentuk ukuran sebesar 2 tapak tangan atau lebih kurang lebih 40 cm, kemudian diisi telur / kentang dan digoreng.
Di negeri India, makanan lain sejenis martabak telur adalah : Nan, Roti Cane, Chappaty, Purata, Poory, Samosa. Makanan-makanan teresbut masuk pada kategori makanan sedang/ringan. Dan bisa juga menjadi menu makanan utama disana.
Kemudian bagaimana dengan martabak terang bulan/martabak manis ? jenis ini baik bentuk, isi dan rasanya sama sekali tidak ditemukan di negeri India. Makanan yang rasanya manis ini, adalah sejenis roti/kue manis – cake atau pasta. Yang di hidangkan sebagai sarapan pagi /santai bersama minum kopi atau teh maupun teh susu atau “Chaa” yang biasa juga disebut di Malaysia namanya Teh Tarik.
Bagi saya, Murtabak Feri adalah terbaik setakat ini dan memang 'BEST GILER' ... semapat beli 2 keping dan bawa balik ke rumah Pak Mertua di Felda Jenderak dan telinga saya tak henti2 mendengar pujian kerana rasa, cukup adunan dan tidak jemu sehingga cuma tinggal pinggan kosong diatas meja ...

Monday, June 25, 2012
Gajah duta Malaysia !
Taman Negara National Park, Pahang
Photo elephant dibawah menerima paling banyak feedback, comment daripada guest setakat hari ini. Ramai yang kagum, terkejut dan setengah nya hilang akal apabila melihat 'the biggest animal' gajah berada didepan chalet resort Mutiara secara lonely2!! Dalam posting ini, saya turunkan sekali lagi photo asal gajah yang diterima daripada journalist Majalah Qantas Air Australia. Saya menerima banyak permintaan banyak daripada guest untuk menyimpan photo ini dan saya suka berkongsi ... 'not a problem'
Diantara negara2 yang telah menerima photo ini ...
Belanda, UK, Switzerland, India, Australia, USA, Canada, Mauritius, Japan, German, dan lain2 lagi ..saya akan detailkan bagi tujuan rekod.
Bagi saya, gajah telah menjadi 'ambassador' tidak dilantik oleh Kementerian Luar Negara dan sesungguhnya tidak sedikit juga pelancong yang teruja ...syabas
Tujuannya, katakan keluar mana2 magazine diluar negara ....orang tanya sape dapat photo tu? Saya tak sabar nak jawab ...........
akulah yang antar gajah tu naik kapalterbang !!!
Sabri love elephant' ... do you?
video yg saya ambil cuma dari Office :

Subscribe to:
Posts (Atom)