Tuesday, November 13, 2012

Fenomena 'Kepala Air' di Sungai Tahan, Taman Negara

Sungai Tahan, Taman Negara Pahang
Salam 2ALL ...

Maksud kepala air kat wikipedia:
'Kepala air' bermaksud punca aliran air secara semulajadi dalam kuantiti yang besar serta menghanyut segala sampah2, kelodak & pokok-pokok balak dari puncak Gunung Tahan / hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Tapi bagi kita yang berada di 'base camp' kita langsung tidak dapat mengetahui tentang hujan diatas gunung yang kadangkala lebat.
Kepala air cuma berlaku di sungai2 kecil seperti Sungai Tahan dan ianya tidak bermusim juga adalah proses pembersihan sungai secara semulajadi.

Fenomena 'kepala air' memang cukup merbahaya !, walau pandai berenang sekali pun, kemalangan spt mati lemas lantas panik secara tiba-tiba apabila melihat air tinggi didepan mata. Boleh juga kita panggil ala2 tsunami kecil melanda bilamana air sungai deras berlumpur hanyut hingga ke Kuala Sungai Tahan. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Pengalaman saya, pernah, kederasan air Sungai Tahan boleh menolak air Sungai Tembeling sehingga keadaan air menjadi tenang sampai ke Pulau Agoh.



contoh photo 'kepala air' ...

penduduk mejala ikan...lihat perbezaan air yang ketara

jangan terlalu yakin ...
Banyak juga kes mati lemas direkodkan di Taman Negara. Kebanyakan kes yang telah berlaku semuanya melibatkan kaum Melayu & seorang bangsa Cina di Sungai Tahan manakala seorang berbangsa India & pekerja Bangladesh di Sungai Tembeling. Seingat saya, kes melibatkan 'kepala air' berlaku terhadap 2 orang bangsa Melayu di Lata Berkoh satu ketika dahulu.

Tanda-tanda awal akan berlaku 'kepala air' :
1. Langit gelap dibahagian ulu sungai, bunyi guruh kuat
2. Bunyi dentuman kuat dari arah ulu sungai akibat gerakan batu-batu
3. Air sungai berbuih dengan banyak, berkeladak tiba-tiba dan daun, ranting kayu di permukaan air.

Dan, perlu diingat... without fail, Sungai Tahan akan ada mangsa pada setiap tahun atau 2 tahun !
Kepada semua pelancong, anda semua dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mendengar arahan Tour Guide dan pemandu bot tempatan.
Kepala batu pasti gagal melawan kepala air!!!

Sabri

Sunday, November 4, 2012

Malayan Porcupine

Taman Negara
Tempat pemerhatian : Terrace, Seri Mutiara Restaurant
Masa : 8.30pm
keperluan : Torch light

Kalau zaman dulu, bulunya dikutip dan dibasuh untuk dibuat penunjuk semasa mengaji.
Akhir-akhir ini pengunjung bertuah kerana dapat melihat binatang ini di resort Mutiara TN. Landak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Porcupine (Malayan Porcupine) aktif mencari makanan pada sebelah malam dan kebetulan saya baru pekena tea tarik di SMR Restarant. Berdarah panas, melahirkan anak serta menjaga anak serta berbulu dibadan. Bersarang didalam tanah sebagai habitat utama.
Keadaan fizikal agak menakutkan tapi kita akan selamat jika mengekalkan jarak dengan binatang tersebut.
Malam itu, buah bacang yang jatuh jadi makanan Landak dan pelancong boleh mendekati mamalia tersebut apabila ianya asyik memakan dan berkeliaran disitu. Landak ini baru saja ditumbuhi bulu-bulu keras dan akan mengembang apabila diancam. Sejauh mana pendapat yang mengatakan binatang ini akan menyembur bulu-bulunya apabila terancam tidak dapat saya pastikan.
3 orang pelancong dari Itali sempat melihat kelakuan binatang yang agak menarik apabila berlari.

Sabri









Tuesday, October 2, 2012

Orang Asli Batek

 
Suku Kaum Bateq

mayat suku kaum Bateq


Taman Negara, Pahang

Kapok, Pinang, Bemban(arwah), Muncuk, Mua adalah diantara nama2 besar kalangan Orang Asli di sini.
Walaupun sudah lama menerima kehadiran masyarakat moden, keakraban dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal di hutan belantara.
Malah mereka selesa dengan cara hidup nomad dan mencari rezeki daripada hutan. Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan mereka walaupun pemetik api. Keunikan itulah yang membezakan mereka dengan Orang Asli lain di negara ini yang kebanyakannya sudah banyak menerima kemajuan.
Di Taman Negara Pahang, Jerantut, pengunjung boleh mendekati dua kemahiran kuno yang diwarisi Orang Batek iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit. Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak diperbuat daripada kayu meranti berlubang.

Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.
Nama Bateq bermaksud orang Asli Melayu . Mereka dari kumpulan Austronesia yang naik bot ke dan dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .
Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambut. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.
Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.
Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.
 
Apakah akan terjadi 20 tahun akan datang? Masihkah mereka masih menghuni hutan? Apakah tourist menjadi sumber pendapatan mereka berterusan?


Ikan Temelian

Teringat semasa zaman persekolahan dahulu.
Kejadian berlaku di Jeram Ampai, Kuala Tembeling apabila kumpulan ikan Temelian dijunpai sedang berlaga. Di kawasan tersebut cuma ada satu lubuk yang agak dalam dan berhadapan dengan kepala pasir jeram dimana disitulah kami memerhati ikan tersebut berlaga.
Kalau berada diparas air lebih kurang 1kaki dalam, awas jangan bergerak-gerak kerana dikhuatiri ikan akan menerjah kearah kita!
Zaman berubah, saat2 begini tiada lagi pada zaman sekarang!

photo: seekor ikan Temelian yang ditangkap di Kuala Tahan

Saturday, August 11, 2012

Asal usul Murtabak

Salam Ramadhan kareem ...
Apabila tiba bulan puasa, ramai orang ketar kepala dan sanggup berbaris panjang bagi membeli juadah ini.

Martabak adalah sejenis makanan khas dari negeri India sejak dahulu hingga sekarang. Di Indonesia ada dua jenis martabak. Di India dipanggil MOORTABA ! Orang Melayu kata Mertabok ...

Di Indon ada martabak telor, yang kedua adalah martabak terang bulan atau biasa disebut martabak manis. Di tempat kita, Malaysia cuma ada murtabak daging dan ayam sahaja dijual di bulan puasa... Di India martabak, susunannya adalah spt berikut :
Adunan tepung roti yang dibentuk sebesar telur ayam, dibanting, dilebarkan diatas meja, setelah membentuk ukuran sebesar 2 tapak tangan atau lebih kurang lebih 40 cm, kemudian diisi telur / kentang dan digoreng.

Di negeri India, makanan lain sejenis martabak telur adalah : Nan, Roti Cane, Chappaty, Purata, Poory, Samosa. Makanan-makanan teresbut masuk pada kategori makanan sedang/ringan. Dan bisa juga menjadi menu makanan utama disana.
Kemudian bagaimana dengan martabak terang bulan/martabak manis ? jenis ini baik bentuk, isi dan rasanya sama sekali tidak ditemukan di negeri India. Makanan yang rasanya manis ini, adalah sejenis roti/kue manis – cake atau pasta. Yang di hidangkan sebagai sarapan pagi /santai bersama minum kopi atau teh maupun teh susu atau “Chaa” yang biasa juga disebut di Malaysia namanya Teh Tarik.

Bagi saya, Murtabak Feri adalah terbaik setakat ini dan memang 'BEST GILER' ... semapat beli 2 keping dan bawa balik ke rumah Pak Mertua di Felda Jenderak dan telinga saya tak henti2 mendengar pujian kerana rasa, cukup adunan dan tidak jemu sehingga cuma tinggal pinggan kosong diatas meja ...

Sabri