Wednesday, February 12, 2014

Kemarau di Taman Negara

Kuala Tahan
3 minggu tanpa hujan menyebabkan air semakin kering dan ditambah pasir yang masih belum hanyut kelaut...Semua dinasihatkan berhati2 dan sentiasa menjaga kesihatan atas faktor cuaca panas begini.
Tapi bagi pencari ikan sungai, inilah masa yang sesuai kerana ikan2 akan berkeliaran tapi terkepung dilubuk dalam dan memudahkan penjala dan penjaring untuk mencampak nasib...

Sabri













Friday, January 10, 2014

Kekabu bukan Kapas

Jenderak Utara

Saya balik ke kampung dan saya tertarik kepada pohon Kekabu yang rimbun berbuah di belakang rumah.
Ada banyak fakta menarik tentang Kekabu ini.
Berbuah cuma 2 kali setahun dan dikatakan berasal dari Mexico dan hidup dihutan Khatulistiwa seperti negara kita Malaysia. Pokok agak besar dan berduri, dengan ketinggian lebih 30M.
Kekabu dibuat bantal dan dijual dengan harga RM20 sebiji.
Semakin kurang yang mengambil kekabu untuk digunakan sebagai bantal kerana bagi sebatang pokok Kekabu cuma boleh menghasilkan 2-3kg kekabu sahaja. Pantang jika terkena air kerana akan merosakkan kekabu tersebut...
Kekabu, satu pokok bernilai, sungguh unik yang semakin dilupakan akibat perubahan zaman...

Sb










Saturday, January 4, 2014

Cicak Kubing

Kuala Tahan
Location found : Bungalow 8
Mutiara Taman Negara

While waiting at the lobby area, I encountered a flying lizard that is so friendly and even allowed me to took its picture.

Sabri




Friday, December 20, 2013

Animal life at Night

Taman Negara
Banyak yang boleh diexplore dari sekecil-kecil serangga sehinggalah mamalia yang terbesar boleh dilihat jika kene cara permerhatiannya.
Jika kita bercakap fasal serangga sahaja, wujud lebih 10,000 spesis didunia dan ada diantaranya yang masih belum direkod mengikut family dan spesis tertentu oleh para saintis.
Explorasi saya yang pertama selepas musim hujan menemui benda yang sama tapi tempat yang berbeza dan waktu yang agak lewat malam ...
Lantern bug, sleeping bird, spider,moth, gecko, stick insect etc..

Buat tatapan ...

















Wednesday, December 11, 2013

Black spitting cobra?

Jalan Taman Negara - Jerantut
Venue: Kg Lubuk Payong

Jika tidak dielak, nescaya matilah tedung selar tersebut.
Kenapa cuma tedung selar yg dicium dalam pertunjukan ular?
Tidaklah sebesar mana, tidak sampai pun 1M panjang. Kesempatan diambil bagi melihat dari dekat sang tedung selar ini, hitam warnanya. Inilah masa saya ber'eksperimen' dengan si tedung selar...Jika kita berhadapan tepat, matanya memang menakutkan. Mampu berdiri sehingga keparas mata kita, spesis ini mampu membunuh seekor gajah kerana 'venom' yang kuat. Venom mampu menumpaskan mangsa dan juga sebagai enzim bagi penghadam makanan.
Paling selamat adalah mengekori drp sebelah belakang, jika tedung selar mengelonsor kedepan ianya tidak akan berpatah ke belakang semula. Tapi jika di takutkan drp sebelah hadapan, tedung selar akan berdiri dan mata akan memandang tepat hingga keparas mata kita, marah!
Kita harus bersedia dgn segala kemungkinan....awas!

Sabri