Tuesday, November 8, 2011

Pucuk Ulam Raja

Kuala Tembeling
Selepas tumbangnya 8 ekor lembu Korban ...
Memang menjadi rutin apabila balik ke rumah mak dan meninjau bunga2 liar dihadapan rumah dan sebelah rumah Ustaz Dahalan. Pucuk boleh dibuat ulam2an. Pokok Ulam Raja ini juga punya bunga yang menarik ; pelbagai warna yang cukup menarik. Snap elok pada waktu pagi kerana serapan cahaya yang baik bagi kamera tikam Olympus15MP sahaja.

Sedikit info tentang pokok tersebut ...
Orang Kg panggil           : Ulam Raja
Cara makan                    : petik pucuk segar, basuh dan cicah sambal budu dsbnya..
Nama Saintifik                : Cosmos Caudatus
Nama Lain                      : King salad / Intan Berayun ...
Famili                              : pokok renek Ulam
Lokasi dijumpai              : Kuala Tembeling








Keterangan :
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Mudah membesar dan cuma perlu siraman air yang cukup. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok 'intan berayun'. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Kegunaan :
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. 
note : marilah sama2 kita makan ulam Raja. Saya menlancarkan "Kempen makam Ulam Raja" untuk Kesihatan dengan sokongan penuh Menteri Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia...!!
Sabri

No comments:

Post a Comment