Sunday, October 20, 2013

Bercakap dengan Raja Udang

Sebuah coretan pagi ...
Venue: Jalan Jerantut - Kuala Tahan

Sampai ke corner diselekoh balak Padang Piol, dia menerjah masuk melalui tingkap waja saya dan mungkin kepeningan seketika. Saya memperlahankan kenderaan tapi tidak berhenti!
Dia melompat2 diantara kerusi dan gear, sesekali bertenggek diatas stereng kereta. Dalam hati, dia ni sakit ke? Apa kes? Lama dia duduk di atas beg hitam yang saya letakkan diatas lantai sebelah kerusi tu...Seperti biasa saya meneruskan pemanduan sekitar 60km s/jam.
Pada masa ini saya mula bercakap, bertanya serta menasihati ...saya kata, kalau awak sakit saya akan bwk balik. Sampai area Kg Merting saya memberhentikan kereta (betul2 tempat dimana kereta saya berasap semalam). Saya keluar mengambil kamera yg kebetulan saya bawa & mengambil beberapa gambar. Dalam fikiran saya memang dia sakit (mungkin kepaknya patah sebab saya lihat beberapa helai bulu jatuh)
Selepas mengambil beberapa keping gambar, saya buka pintu kereta dan dia terbang rendah kehutan sebelah jalan ...harap dia selamat.
Dia yang saya cerita diatas adalah Burung Raja Udang yang menumpang kereta saya selama 10 minit. Walau dia tak bayar tambang tapi saya puas ...cuma 'memang touching ...''!
Sb















No comments:

Post a Comment