Thursday, May 4, 2017

Tembeling Horn-bill Valley Malaysia


Tembeling Horn-bill Valley Malaysia
Produk baru avitourism dalam negara!

“Tembeling Hornbill Valley of Malaysia” terletak di Jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi sepanjang 22 kilometer dan dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat sepanjang 31 kilometer. Di sepanjang jalan simpang Jerantut-Taman Negara menuju ke Kampung Pagi dan Kuala Sat, kepelbagaian flora dan fauna akan ditemui. Sebanyak 173 spesis burung yang berjaya ditemui pada Mac dan April 2017 ini dan 9 daripada 10 spesis enggang yang berada di Malaysia turut berjaya ditemui. Paling mengembirakan, spesis enggang yang berada dalam status ‘critically endangered’ iaitu Helmeted Hornbill juga berjaya dikesan. Sejak Lembah Enggang mula dilihat potensinya oleh Persatuan Pencinta Burung Taman Negara  pada tahun 2012, bilangan enggang dari pelbagai spesis dilihat semakin bertambah. Lintasan (crossing) yang dibuat pada waktu yang direkodkan menunjukkan Lembah Enggang ini menjadi laluan kepada pelbagai spesis enggang dan hidupan avian yang lain. Ini menunjukkan Lembah Enggang mempunyai tarikan yang sangat kuat dalam sektor perlancongan melalui konservasi enggang yang dilakukan.

Photo by Sabri Abdullah

Contact person :
Abdul Jalil b Abd Rahman
Roslan b Abu Kassim
Email : birdlife.tamannegara@gmail.com






No comments:

Post a Comment