Monday, October 21, 2013

Paradise Tree Snake

Mutiara Taman Negara Resort

Date: 19 Oct 2013
Venue : Bayan Nuri hall
Time : 10.25am
Serba sedikit tentang Paradise Tree Snake ;
1. The species ranges from Burma, Thailand through Peninsular Malaysia, Singapore to Indonesia and part of Philippines. Part of Indonesia, Borneo, Sulawesi and Jawa.
2. Commonly found in the garden and secondary forest and active by day.
3. Diet -lizard, gecko
4. Good climber
5. Body is slender and the long tail
6. Max Saiz 1.2M-2M

by Sabri







Sunday, October 20, 2013

Bercakap dengan Raja Udang

Sebuah coretan pagi ...
Venue: Jalan Jerantut - Kuala Tahan

Sampai ke corner diselekoh balak Padang Piol, dia menerjah masuk melalui tingkap waja saya dan mungkin kepeningan seketika. Saya memperlahankan kenderaan tapi tidak berhenti!
Dia melompat2 diantara kerusi dan gear, sesekali bertenggek diatas stereng kereta. Dalam hati, dia ni sakit ke? Apa kes? Lama dia duduk di atas beg hitam yang saya letakkan diatas lantai sebelah kerusi tu...Seperti biasa saya meneruskan pemanduan sekitar 60km s/jam.
Pada masa ini saya mula bercakap, bertanya serta menasihati ...saya kata, kalau awak sakit saya akan bwk balik. Sampai area Kg Merting saya memberhentikan kereta (betul2 tempat dimana kereta saya berasap semalam). Saya keluar mengambil kamera yg kebetulan saya bawa & mengambil beberapa gambar. Dalam fikiran saya memang dia sakit (mungkin kepaknya patah sebab saya lihat beberapa helai bulu jatuh)
Selepas mengambil beberapa keping gambar, saya buka pintu kereta dan dia terbang rendah kehutan sebelah jalan ...harap dia selamat.
Dia yang saya cerita diatas adalah Burung Raja Udang yang menumpang kereta saya selama 10 minit. Walau dia tak bayar tambang tapi saya puas ...cuma 'memang touching ...''!
Sb















Saturday, October 12, 2013

Taman Negara : The best place to see Malayan Tapir

Spp     :Tapirus
Venue : Mutiara Taman Negara resort
Time   : 7.05pm

For more details on Tapir, please go to my previous post below :
Imej by : Sabri


Sunday, September 22, 2013

Lantern flies

Lantern Fly
Venue ditemui : Rentis belakang resort MTN
Time     : 5.30pm
Jumlah  : 2 ekor

Agak unik & biasa kelihatan hidup di atas pokok dan agak luar biasa.

Ciri yang paling luar biasa adalah panjangnya anterior kepala, yang mengandungi sambungan pouch like dari saluran penghadaman. Struktur ini kelihatan bercahaya pada masa-masa tertentu, satu fenomena yang mungkin berkaitan dengan tingkah laku semasa bersama pasangan.
Beberapa lanternflies mengeluarkan lilin putih dalam bentuk filamen atau serbuk. Diseselah negara India Amazonian percaya bahawa gigitan lanternflies boleh menyebakan kematian. 

Perlu lebih pemerhatian agar dapat melihat perangai lanterflies yang dikatakan ada hubungan dengan cicadas.

imej : Spiderberuk



Monday, August 26, 2013

Mantis VS Cicada

Pernah dengar kawan makan kawan? 
Tapi dia ni lagi ganas! Makan sedara & pasangannya.

Ada yang panggil mentadak, tapi bahasa di sebelah kampong pesisir sungai Tembeling panggil Gancong.
Mengimbau kembali zaman 70,80 an semasa zaman kanak-kanak dan masih ingat zaman tidak berlampu TNB dan LLN cuma pada sebelah malam. Kalau di Kuala Tembeling gen-set LLN akan dihidupkan oleh arwah pakcik Adam pada sebelah malam dan sedikit collection duit untuk additional pada hariraya. Disebelah kampong pendalaman masih berpelita dan ada juga yang berlebihan duit membeli generator sendiri. Zaman dulu-dulu manalah ada peti television bergambar nak tengok. Teringat masa tu The greatest Muhammad Ali nak bertinju dengan Jos Frazior, org kampong turun ke pekan Tembeling nak menonton TV. Diantara cerita2 menarik zaman tersebut ; COMBAT, Little house in the prairie, apa lagi …tak ingat dah!



Duduk umah dalam gelap berpelita dan bermain dengan Gancong, dok menanya Gancong mamacmana keadaan orang lain tidor. Gancong memang suka mengangguk kepala setiap masa.

Taman Negara adalah syurga bagi serangga2 kecil. Mentadak akan keluar aktif sebelah malam dan menghampiri lampu kerana disitulah serangga2 kecil berkeliaran dan berpeluang cerah untuk mencari makan.
Rupa bentuk tidak lah berapa menawan tapi agak ganas dan kaki melekat bila bersentuh. Jarang nampak mantis warna macam ni. Di Malaysia, ada pelbagai jenis telah direkodkan dan sedikit maklumat saya jumpa semasa berguru dengan abang ‘GOOGLE’ tentang serangga mantuis ini. Rasa2nya mentadak ni sesat, sebab time snap mentadak ni pun sudah masuk pukul 1.00 malam depan guest house resort Mutiara. Lagi pelik, mentadak ni macam pandai berlakon, time kna snap tidak pula dia terbang, kadang-kadang berlakon jatuh and pura2 letih. Gambar yang amik ni agak lewat sebab serangga (cicada) yang dimakan sudah 60% telah dibaham. Pelik juga mula2 bila mau snap...sebab takut berlaku benda2 yang pelik2….  
Nak details, boleh baca sini …



Mengimbau kenangan ; Sabri & thank you Pian Jepun ...