Friday, November 29, 2013

Keunikan restoran terapong Taman Negara

Kuala Tahan
Taman Negara Pahang

Sejak awal tahun 1970, kewujudan resoran terapong di Kuala Tahan bermula dengan cuma sebuah sahaja. Buluh-buluh rakit digunakan bagi mengapungkan rakit yang seluas 40 kaki panjang.
Restoran Terapung Yang Paling Terkenal Di Taman Negara yang menghidangkan pelbagai masakan Melayu, Barat, Cina dan yang paling popular di kalangan penduduk di sini ialah gulai asam rom dan gulai tempoyak.

Apa yang menarik, selain berada diatas permukaan air sungai Tembeling, menhayati pemandangan hutan Taman Negara dan aktiviti orang-orang kampong adalah diantara yang dapat dilihat daripada restoran terapong.
Sampai jer pelancong di kuala tahan, restoran terapung merupakan 'landmark' sebelum menjejak kaki ke taman negara di seberang sungai tembeling..Bot bagi menyeberang ke Taman negara juga daripada restoran terapong. Atau juga sebagai transit bot dari restoran ke jeti seberang...
Rata-rata semua pengusaha Melayu adalah penduduk tempatan, sekaligus menjana sosio-ekonomi di Taman Negara Pahang.
Restoran terapong mengalami transformasi sesuai dengan perkembangan serta pertumbuhan ekonomi TN, material bagi membuat sebuah rakit terapong juga telah berubah. Daripada buluh rakit kepada tong drum/fiber moden.
Restoran terapong bukan shj menjadi pilihan kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai budget terhad tapi tokoh-tokoh/ VIP didalam negara juga pelancong luar kerana keunikannya.
Saya mohon mencadangkan agar restoran terapong diberi nafas baru, lebih kreatif, dynamik dan bermutu agar terus menjadi daya tarikan kepada dunia.Banyak lagi yang boleh dibuat ...

Restoran terapong 'welcome the world'...!

(saya akan samb kisah rakit terapong ini....)