Sunday, December 1, 2013

Kenapa berubah warna?

Taman Negara

Lokasi dijumpai : depan Mini Market MTN
Time : 11.00am

kenal tak binatang ni... ?
Ada yang cakap iguana, ada yang cakap sesumpah & ada juga ramai orang Melayu yang cakap cicak kubin?? mana satu yang betul yer... aku ingat iguana & sesumpah tu benda yang sama. Ada pelbagai sepsis yang wujud dalam dunia dgn pelbagai saiz, warna & bentuk.
Yang saya ambil gambar ni saya tak pasti daripada spesis yang mana. Tekstur spt bersisik dan ekor agak panjang. Makanan binatang2 kecil spt serangga ..

'Sesumpah' ...sering berubah wajah, & sering digunakan oleh politician bagi melebel musuh politik mereka.

Sebenarnya, masa saya tengah dok ambil gambar burung2 hinggap pada pokok Ara Beringin, dia jatuh dari atas pokok. Saya gi tengok rupa-rupanya binatang ni yang diorang kata cicak kubing. Warna hijau terang. Saya bukan kenal sangat dengan binatang ni. Yang saya tau cuma iguana yang mahal harganya kerana bentuk yang cantik & tidak agresif.
Daripada keluarga cicak seperti mana iguana, sesumpah, cicak kubin, biawak, buaya dan banyak lagi. Di Malaysia binatang ini glamor dengan nama sesumpah sebabnya warnanya boleh berubah-ubah. Sepanjang pemerhatian di Taman Negara, binatang ini hanya berubah kepada 3 warna iaitu coklat kelabu, kehitaman dan merah oren.

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan pertukaran warna sesumpah antaranya cahaya, suhu dan juga mood binatang tersebut. Kadang-kala pertukaran warna boleh menyebabkan haiwan ini lebih selesa dan juga digunakan untuk tujuan komunikasi dengan sesumpah yang lain. Apabila dalam kesejukkan, sumpah-sumpah ini akan bertukar menjadi warna yang lebih gelap kerana warna gelap dapat menyerap lebih haba berbanding warna yang cerah.

Sabri




No comments:

Post a Comment