Tuesday, November 13, 2012

Fenomena 'Kepala Air' di Sungai Tahan, Taman Negara

Sungai Tahan, Taman Negara Pahang
Salam 2ALL ...

Maksud kepala air kat wikipedia:
'Kepala air' bermaksud punca aliran air secara semulajadi dalam kuantiti yang besar serta menghanyut segala sampah2, kelodak & pokok-pokok balak dari puncak Gunung Tahan / hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Tapi bagi kita yang berada di 'base camp' kita langsung tidak dapat mengetahui tentang hujan diatas gunung yang kadangkala lebat.
Kepala air cuma berlaku di sungai2 kecil seperti Sungai Tahan dan ianya tidak bermusim juga adalah proses pembersihan sungai secara semulajadi.

Fenomena 'kepala air' memang cukup merbahaya !, walau pandai berenang sekali pun, kemalangan spt mati lemas lantas panik secara tiba-tiba apabila melihat air tinggi didepan mata. Boleh juga kita panggil ala2 tsunami kecil melanda bilamana air sungai deras berlumpur hanyut hingga ke Kuala Sungai Tahan. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Pengalaman saya, pernah, kederasan air Sungai Tahan boleh menolak air Sungai Tembeling sehingga keadaan air menjadi tenang sampai ke Pulau Agoh.



contoh photo 'kepala air' ...

penduduk mejala ikan...lihat perbezaan air yang ketara

jangan terlalu yakin ...
Banyak juga kes mati lemas direkodkan di Taman Negara. Kebanyakan kes yang telah berlaku semuanya melibatkan kaum Melayu & seorang bangsa Cina di Sungai Tahan manakala seorang berbangsa India & pekerja Bangladesh di Sungai Tembeling. Seingat saya, kes melibatkan 'kepala air' berlaku terhadap 2 orang bangsa Melayu di Lata Berkoh satu ketika dahulu.

Tanda-tanda awal akan berlaku 'kepala air' :
1. Langit gelap dibahagian ulu sungai, bunyi guruh kuat
2. Bunyi dentuman kuat dari arah ulu sungai akibat gerakan batu-batu
3. Air sungai berbuih dengan banyak, berkeladak tiba-tiba dan daun, ranting kayu di permukaan air.

Dan, perlu diingat... without fail, Sungai Tahan akan ada mangsa pada setiap tahun atau 2 tahun !
Kepada semua pelancong, anda semua dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mendengar arahan Tour Guide dan pemandu bot tempatan.
Kepala batu pasti gagal melawan kepala air!!!

Sabri

No comments:

Post a Comment