Taman Negara
Tempat pemerhatian : Terrace, Seri Mutiara Restaurant
Masa : 8.30pm
keperluan : Torch light
Kalau zaman dulu, bulunya dikutip dan dibasuh untuk dibuat penunjuk semasa mengaji.
Akhir-akhir ini pengunjung bertuah kerana dapat melihat binatang ini di resort Mutiara TN. Landak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Porcupine (Malayan Porcupine) aktif mencari makanan pada sebelah malam dan kebetulan saya baru pekena tea tarik di SMR Restarant. Berdarah panas, melahirkan anak serta menjaga anak serta berbulu dibadan. Bersarang didalam tanah sebagai habitat utama.
Keadaan fizikal agak menakutkan tapi kita akan selamat jika mengekalkan jarak dengan binatang tersebut.
Malam itu, buah bacang yang jatuh jadi makanan Landak dan pelancong boleh mendekati mamalia tersebut apabila ianya asyik memakan dan berkeliaran disitu. Landak ini baru saja ditumbuhi bulu-bulu keras dan akan mengembang apabila diancam. Sejauh mana pendapat yang mengatakan binatang ini akan menyembur bulu-bulunya apabila terancam tidak dapat saya pastikan.
3 orang pelancong dari Itali sempat melihat kelakuan binatang yang agak menarik apabila berlari.
Sabri
No comments:
Post a Comment