Tuesday, October 2, 2012

Orang Asli Batek

 
Suku Kaum Bateq

mayat suku kaum Bateq


Taman Negara, Pahang

Kapok, Pinang, Bemban(arwah), Muncuk, Mua adalah diantara nama2 besar kalangan Orang Asli di sini.
Walaupun sudah lama menerima kehadiran masyarakat moden, keakraban dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal di hutan belantara.
Malah mereka selesa dengan cara hidup nomad dan mencari rezeki daripada hutan. Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan mereka walaupun pemetik api. Keunikan itulah yang membezakan mereka dengan Orang Asli lain di negara ini yang kebanyakannya sudah banyak menerima kemajuan.
Di Taman Negara Pahang, Jerantut, pengunjung boleh mendekati dua kemahiran kuno yang diwarisi Orang Batek iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit. Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak diperbuat daripada kayu meranti berlubang.

Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.
Nama Bateq bermaksud orang Asli Melayu . Mereka dari kumpulan Austronesia yang naik bot ke dan dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .
Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambut. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.
Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.
Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.
 
Apakah akan terjadi 20 tahun akan datang? Masihkah mereka masih menghuni hutan? Apakah tourist menjadi sumber pendapatan mereka berterusan?


No comments:

Post a Comment