Tuesday, November 20, 2012

Mengintai di Taman Negara?

Kuala Tahan

Soal jawab saya & pelancong apabila saya tunjukkan pic seekor Spider yang agak besar dijumpai semasa Night Jungle Walk :

Dimana?
Taman Negara, Pahang
Apa yang ada sekarang?
Spider Beruk orang panggil dan ada panggil Hairy Bird Eating Spider
Apa nama Saintifik?
Apa ye...dah lupa lah
Dimana boleh tengok?
Laluan rentis board walk berdekatan pejabat PERHILITAN
Bila boleh nampak?
Malam, cuma malam
Kenapa malam?
Hampir semua binatang atau serangga aktif pada sebelah malam
Kenapa dipanggil Bird Eating spider?
Ada cerita orang dulu-dulu, tidak diketahuilah sejauh mana kebenarannya ; pada kebiasaanya Spider ini akan keluar daripada lubang-lubang kayu tempat persembunyiannya dan melompat keatas sarang burung lalu mengigit & memakan anak burung yang bersaiz kecil.
Adakah Spider beracun?
Ya. Tapi kandungan bisa setiap spesis adalah berbeza dan semburan racun juga bergantung kepada sejauh mana ancaman yang diterima. Maksudnya, jika didalam keadaan terkejut bisa agak kuat tetapi jika didalam keadaan tenang cuma bisa agak tenang.
Ada juga spesis yang beracun cuma kepada serangga untuk membunuh tetapi bukanlah berbisa kepada manusia.


"Spider mimpi disiang hari"

Sabri






No comments:

Post a Comment