Wednesday, March 25, 2015

GREEN BROADBILL

ANOTHER DAY IN PARADISE
Taman Negara Resort

This special Green Broad-bill photo special to Ms Eppa & Ms Maltam from Iran.





Wednesday, March 18, 2015

Friday, March 13, 2015

SANG KANCIL

Taman Negara Pahang
Kancil atau Lesser Mousedeer didalam bahasa Inggeris adalah spp binatang kecil dalam 'famili deer'. Menjadi terkenal didalam masyarakat Melayu kerana kemasyurannya serta menjadi lagenda didalam banyak cerita2 Melayu lama. Habitatnya dihutan kecil ditepi belukar dan memakan sejenis daun yang dipanggil 'maya'. Aktif pada waktu malam dan juga siang hari.
Haiwan yang terkenal kerana penubuhan negeri Melaka kerana kisah sang kancil yang menendang seekor anjing.

Sabri
Your host





TAMAN NEGARA - INFO

Taman Negara
National Park resort - paradise for bird watching & nature lover!
Your host
Sabri Abdullah










KHASIAT PERIA KATAK

(F) Jenderak Utara, Kuala Krau

Tatkala menunggu burung datang saya ternampak pokok sayur ini. Karektar pokok sangat cantik!
Ia mempunyai batang yang lembut, menjalar dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya dan biasanya ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga lima meter.

Saya kumpul khasiat Peria Katak untuk tujuan rekod ;

Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
*, Dikatakan ada fiber yang sangat tinggi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.





Tuesday, March 10, 2015

Birds-of-Paradise Project Introduction


the best video on bird!

Burung Mandi

Kuala Tahan
Cuaca panas sekarang, memungkinkan burung menyejukan badan dengan mencari lopak-lopak air atau sungai dihutan.
Jika kita letakkan sebiji baldi berisi air ditengah hutan belantara dan selepas itu kita bakal menyaksikan sekumpulan burung-burung hutan spp Merbah biasanya akan berulang alik untuk menyejukkan badan ...2 perkara penting bagi burung adalah minum & mandi!
Mandi :
Mandi penting bagi burung untuk menyejukkan badan selain mengekalkan bulu-bulu agar kemas dan kuat. Juga bagi mengeluarkan udara yg terperangkap diantara sayap dan dengan ini dapat memastikan kelembapan berpanjangan,
Minum :
Off course burung tidak berpeluh! Kemana hilangnya air yg diminum? Sudah pasti melalui dropping dan respiration. Burung kecil contohnya minum air 2kali sehari dan air ini tidak semestinya dari punca air sungai tapi daripada air didalam makanan.


Saya cuba video clips burung mandi tapi agak sukar... nantikan klips video yg menarik dari saya

Sabri