Friday, October 28, 2011

Gajah anak Elephant!

Kuala Tahan
23 Oct 2011
topik : Gajah, samb daripada post Gajah malam tu bersama Tom & Stephanie dari Holland

Dia datang tak kira masa, ada ke patut 6.30 petang dah terhegeh2 di Bumbung Tahan. Nasib baik bagi En Baha, Razak , Romlan & 2 orang staff dari TCB KL petang tu... orang lain semua bergegas balik ke bilik selepas friendly match dgn staff Mutiara deme pergi meninjau ke hide dulu. Ramai tak percaya tapi bila dah tengok photo tu kira oklah. Hampir seminggu juga si gajah liar ni berlegar2 dikawasan Bumbun Tahan hingga ke pokok Buloh dan belakang Guest House. 3 batang pokok Pinang hancur dilibas oleh haiwan darat terbesar didunia ni!
Ada baik, ada buruk juga haiwan ni datang ke kawasan resort... mana yang boleh tengok tu rasa puas. Tapi ada cerita guest dari Holland cukup marah coz tak kejut dia masa gajah tu keluar ke kawasan belakang Guest House,... gila nak kejut dia tengah tidor!
Terimakasih lah En Baha, kamera dia beli di Indon tu canggih amat juga. Dapat snap banyak juga petang tu. Tunggu photo Tom dari Holland tak sampai2, ...
Mengikut perkiraan, gajah yang sama akan datang semula bermain di sini bulan 5 nanti. Sama2 kita tunggu...kita harap gajah liar tersebut dapat mengawal emosi dari 'stress' dan dapat membuat pusingan kedua bagi tahun hadapan ...

Sabri










No comments:

Post a Comment