dimana ? taman negara
resort mana ? mutiara lah, mana ada lagi resort dalam Taman Negara
Bermula 12hb April 2012, seekor Gajah Liar telah memasuki kawasan resort Mutiara pada setiap malam. Setakat malam semalam, banyak pokok-pokok diantaranya Tukas, Palma serta pisang (Travellers Palm) menjadi pilihan mamalia terbesar didarat ini. Ranjer dan pihak keselamatan resort cuma dapat berkawal dengan memastikan pelancong tidak berkumpul ramai dan menghampiri mamalia tersebut daripada jarak dekat.
Ramai juga pelancong yang 'ketar lutut' bial melihat binatang ini, kalau dulu ramai bertanya macammana saya nak tengok binatang liar di Taman Negara.
Kenapa ini terjadi ...
1. Didalam tempoh 25 tahun, tidak pernah gajah memasuki sehingga ke hadapan tangga jetu Taman Negara.
2. kenapa cuma seekor ?
3. adakah gajah ini jinak dan dilepaskan suatu masa dahulu ..?
4. buat pertama kali saya melihat gajah cuma dari tingkap office saya !
5. jika gajah berperangai begini, adakah haiwan lain akan mengikuti tabiat ini ?
Pelancong terpaksa menunggu sehingga mamalia ini selesai makan dan beredar untuk memasuki chalet masing-masing. Mungkin ini satu pengalaman baru yang 'extremly' teruja kepada mereka tetapi keselamatan mereka adalah satu perkara yang berat bagi kita untuk memastikan tiada tindakan luarjangka daripada binatang tersebut.
Gajah yang sama juga menghampiri restaurant kita dan nasib tidak memasuki kedalam cuma berkeliaran dan mematahkan pokok-pokok sekitar.
Saya ditanya oleh seorang fasilitator yang bersama guru yang bercadang membawa kumpulan pelajar dari Singapore ke Taman Negara tentang tindakan jika gajah tersebut melanggar chalet di masa pelancong sedang tidur !
Tindakan menembak gajah tersebut adalah option terakhir jika ianya menyerang ganas. Pihak Perhilitan telah bersedia dengan segala kemungkinan dan kita masih berharap agar gajah tersebut tenang kembali ke hutan.
Kos yang tinggi juga diperlukan bagi operasi memindahkan gajah kerana melibatkan logistik dan menyeberang sungai.
Kita berharap agar gajah akan selesai segera tugas di resort kita dan selamat kembali ke habitat dengan emosi ditahap yang baik !
Thank you Mr Wright, the best of elephant pic !
pic 1 - elephant depan chalet no. 35
pic 2 - elephant depan GM bungalow
dan lain2 photo dari kamera tikam saya shj ...
Sabri
tg 5102
infront of chalet no.35-photo by Wright/ freelance Journalist |
Mr Clifford room no. 12,14-photo by Wright |
from balconi room 26 |
from my office ..chalet 5 |
nx to lobby .. |
to our bungalow 8.. |
gambar curi drp belakang gajah ... |
guest experiance |
No comments:
Post a Comment