Kuala Tahan
Ramai yang berfikir tentang bahaya binatang buas, ular berbisa tanpa mempedulikan bahaya serangga kecil spt ulat bulu. Sesiapa yang pernah kena pasti akan tahu penangan gatal dari ulat bulu nie. Bayangkan apabila kita tersentuh dengan tangan kita dan tangan kita akan menyentuh bahagian-bahagian lain spt muka dan badan kita ...emmm alamatnya menangis tak berlagulah!
Kesan terkena ulat bulu selain gatal-gatal adalah kulit kemera-merahan, berbintik dan bengkak.
Secara ringkasnya ;
1. Apabila kita tahu telah terkene, elakkan dari terus mandi bagi mengelakan sebaran racun dengan cepat.
2. Apabila terkena, kebiasaanya tangan, cuma perlu dilurut/gosok ke rambut kita (pastikan ada rambutlah) jika tidak gosok rambut kawan kita.
3. Zaman dulu-dulu digunakan abu dapor - so, petua ni dah tak valid coz mana nak cari abu skrg semua pakai gas.
4. Jika tak sempat nak ke farmasi, cuba ambil sepotong kunyit dihiris halus dan campur kapur sirih dan sedikit air serta panaskan beberapa minit. Apabila sudah sejuk kemudian sapu tempat gatal.
Sabri
Saturday, December 22, 2012
Monday, December 3, 2012
Belimbing Buluh
3 Dec 2012
Venue : Depan Bungalow no.8, MTN resort
Tip semasa nak kutip buah : Jgn ambil buah2 dibawah kerana babi menongkat 2 kaki dan memakan buah2 disebelah bawah. Cuma amik buah-buah yang ada pada dahan tinggi shj...
Fakta Belimbing Buluh :
1. Cuma di Malaysia & Indonesia
2. Rasa masam yang kuat dan content sejenis chemical yang boleh dimakan.
3. Dicampur didalam masakan bagi mewujudkan aroma.
4. Orang-orang kampung suka membuat sambal belimbing tumbuk bersama cili padi. Biasanya mesti ada ikan masin & nasi panas.
5. Pahang terkenal kerana sambal hitam belimbing buluh (saya akan detailkan dlm posting yang lain - Kehebatan Sambal Hitam!!)
6. Air belimbing jika digosok boleh mengilatkan kuku
7. Kalau gulai masam, tak sah jika tiada dia ni
8. Ramuan penting masakan kampung di Pahang
9. Belimbing direbus beberapa jam & disimpan didalam botol
10. Sambal belimbing boleh tahan 1 minggu jika disimpan didalam peti ais !
Saya kongsi 2 resipi sambal kira top juga di Taman Negara !
1. Ni kalau nak buat sambal tumbuk
Simple shj, kutip belimbing, basuh & tumbuk bersama cili padi (pedas punya) & sedia dihidangkan.
2. Ni kalau nak buat sambal lemak Belimbing Buluh :
Bahan-bahannya adalah ...
Belimbing buluh (elok dibelah dua)
Cili api (Ikut suka nak banyak mana)
Ikan bilis (kene pandai pilih, jgn keras)
Belacan
Bawang besar
Bawang putih
Santan (ori jgn paket/box)
Perasa dan sedikit gula
cara-caranya ...
Tumbuk cili api @ blander bersama bawang merah. Bawang putih dan belacan hingga lumat. Kemudian tumis bahan tadi hingga garing. Masukkan pula ikan bilis dan santan pekat. Masak hingga agak pekat sikit barulah tambahkan serbuk perasa dan gula. Hidang.
catatan saya :
''pihak MTN kebiasaannya menghidangkan Sambal Hitam Belimbing kepada tetamu jika ada permintaan bagi masakan kampung. Group terakhir saya ingat dari Mercedes Benz KL, ada yang panggil Chef kita & minta bungkus sikit nak makan dengan roti, katanya, sedap sangat''
Sabri
KSR MTN

Subscribe to:
Posts (Atom)