3 Dec 2012
Venue : Depan Bungalow no.8, MTN resort
Tip semasa nak kutip buah : Jgn ambil buah2 dibawah kerana babi menongkat 2 kaki dan memakan buah2 disebelah bawah. Cuma amik buah-buah yang ada pada dahan tinggi shj...
Fakta Belimbing Buluh :
1. Cuma di Malaysia & Indonesia
2. Rasa masam yang kuat dan content sejenis chemical yang boleh dimakan.
3. Dicampur didalam masakan bagi mewujudkan aroma.
4. Orang-orang kampung suka membuat sambal belimbing tumbuk bersama cili padi. Biasanya mesti ada ikan masin & nasi panas.
5. Pahang terkenal kerana sambal hitam belimbing buluh (saya akan detailkan dlm posting yang lain - Kehebatan Sambal Hitam!!)
6. Air belimbing jika digosok boleh mengilatkan kuku
7. Kalau gulai masam, tak sah jika tiada dia ni
8. Ramuan penting masakan kampung di Pahang
9. Belimbing direbus beberapa jam & disimpan didalam botol
10. Sambal belimbing boleh tahan 1 minggu jika disimpan didalam peti ais !
Saya kongsi 2 resipi sambal kira top juga di Taman Negara !
1. Ni kalau nak buat sambal tumbuk
Simple shj, kutip belimbing, basuh & tumbuk bersama cili padi (pedas punya) & sedia dihidangkan.
2. Ni kalau nak buat sambal lemak Belimbing Buluh :
Bahan-bahannya adalah ...
Belimbing buluh (elok dibelah dua)
Cili api (Ikut suka nak
banyak mana)
Ikan bilis (kene pandai pilih, jgn keras)
Belacan
Bawang besar
Bawang
putih
Santan (ori jgn paket/box)
Perasa dan sedikit gula
cara-caranya ...
Tumbuk cili api @
blander bersama bawang merah. Bawang putih dan belacan hingga lumat. Kemudian
tumis bahan tadi hingga garing. Masukkan pula ikan bilis dan santan pekat. Masak
hingga agak pekat sikit barulah tambahkan serbuk perasa dan gula. Hidang.
catatan saya :
''pihak MTN kebiasaannya menghidangkan Sambal Hitam Belimbing kepada tetamu jika ada permintaan bagi masakan kampung. Group terakhir saya ingat dari Mercedes Benz KL, ada yang panggil Chef kita & minta bungkus sikit nak makan dengan roti, katanya, sedap sangat''
Sabri
KSR MTN
No comments:
Post a Comment