Friday, April 12, 2013

PERAHU JALUR SG TEMBELING -sedikit pencerahan


Kuala Tahan

Perahu Jaur adalah gelaran dan nama bagi bot yang terdapat di sepanjang Sg Tembeling.

Terbahagi kepada 2 saiz ; 12 penumpang berserta atap (bumbung zink) dan 4 penumpang (tiada atap. Bagi perahu 12 penumpang, engine berkapasiti 40 kuasa kuda dan untuk 4 penumpang menggunakan diantara 15-25 kuasa kuda.
Kuasa Kuda adalah sebutan sinonim disini ; menggambarkan kuasa engine tersebut (horse power)
Sebelum kewujudan perahu jalur, boat house digunakan oleh kerana perjalanan yang memakan masa 2-3 hari untuk sampai dan menggunakan tenaga manusia sahaja.
Perahu jalur  telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Perahu Jalur boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 600 kg barang. Pada zaman dahulu, jika dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan,  pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura  di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.


perjalanan bot hampir 6jam daripada Kuala Tembeling hingga  ke Ulu Tembeling...
perahu kecil biasa diguna bagi menjala ikan kerana senang dikendali..

Sultan Pahang pernah menggunakan perahu jalur satu ketika dahulu ..
paras air rendah menyukarkan perjalanan bot...

banyak penambahbaikan telah dibuat sekarang, diantaranya  pengunaan material 'fiber'


Spider Beruk