Kuala Tahan
Perahu Jaur adalah gelaran dan nama bagi bot yang terdapat di sepanjang Sg Tembeling.
Terbahagi kepada 2 saiz ; 12 penumpang berserta atap
(bumbung zink) dan 4 penumpang (tiada atap. Bagi perahu 12 penumpang, engine
berkapasiti 40 kuasa kuda dan untuk 4 penumpang menggunakan diantara 15-25
kuasa kuda.
Kuasa Kuda adalah sebutan sinonim disini ; menggambarkan kuasa engine
tersebut (horse power)
Sebelum kewujudan perahu jalur, boat house digunakan oleh
kerana perjalanan yang memakan masa 2-3 hari untuk sampai dan menggunakan
tenaga manusia sahaja.
Perahu jalur telah
digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk
membawa penumpang. Perahu Jalur boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 600
kg barang. Pada zaman dahulu, jika dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang
dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah
Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan
dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi
ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan, pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan
akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke
Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang,
usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan
sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang
ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di
Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke
Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan
rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya
pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya
ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu
tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan
negara-negara jiran seperti Singapura di sebelah selatan dan Thailand di sebelah
utara.
perjalanan bot hampir 6jam daripada Kuala Tembeling hingga ke Ulu Tembeling... |
perahu kecil biasa diguna bagi menjala ikan kerana senang dikendali.. |
Sultan Pahang pernah menggunakan perahu jalur satu ketika dahulu .. |
paras air rendah menyukarkan perjalanan bot... |
banyak penambahbaikan telah dibuat sekarang, diantaranya pengunaan material 'fiber' |
Spider Beruk
No comments:
Post a Comment