Monday, August 26, 2013

Mantis VS Cicada

Pernah dengar kawan makan kawan? 
Tapi dia ni lagi ganas! Makan sedara & pasangannya.

Ada yang panggil mentadak, tapi bahasa di sebelah kampong pesisir sungai Tembeling panggil Gancong.
Mengimbau kembali zaman 70,80 an semasa zaman kanak-kanak dan masih ingat zaman tidak berlampu TNB dan LLN cuma pada sebelah malam. Kalau di Kuala Tembeling gen-set LLN akan dihidupkan oleh arwah pakcik Adam pada sebelah malam dan sedikit collection duit untuk additional pada hariraya. Disebelah kampong pendalaman masih berpelita dan ada juga yang berlebihan duit membeli generator sendiri. Zaman dulu-dulu manalah ada peti television bergambar nak tengok. Teringat masa tu The greatest Muhammad Ali nak bertinju dengan Jos Frazior, org kampong turun ke pekan Tembeling nak menonton TV. Diantara cerita2 menarik zaman tersebut ; COMBAT, Little house in the prairie, apa lagi …tak ingat dah!



Duduk umah dalam gelap berpelita dan bermain dengan Gancong, dok menanya Gancong mamacmana keadaan orang lain tidor. Gancong memang suka mengangguk kepala setiap masa.

Taman Negara adalah syurga bagi serangga2 kecil. Mentadak akan keluar aktif sebelah malam dan menghampiri lampu kerana disitulah serangga2 kecil berkeliaran dan berpeluang cerah untuk mencari makan.
Rupa bentuk tidak lah berapa menawan tapi agak ganas dan kaki melekat bila bersentuh. Jarang nampak mantis warna macam ni. Di Malaysia, ada pelbagai jenis telah direkodkan dan sedikit maklumat saya jumpa semasa berguru dengan abang ‘GOOGLE’ tentang serangga mantuis ini. Rasa2nya mentadak ni sesat, sebab time snap mentadak ni pun sudah masuk pukul 1.00 malam depan guest house resort Mutiara. Lagi pelik, mentadak ni macam pandai berlakon, time kna snap tidak pula dia terbang, kadang-kadang berlakon jatuh and pura2 letih. Gambar yang amik ni agak lewat sebab serangga (cicada) yang dimakan sudah 60% telah dibaham. Pelik juga mula2 bila mau snap...sebab takut berlaku benda2 yang pelik2….  
Nak details, boleh baca sini …



Mengimbau kenangan ; Sabri & thank you Pian Jepun ...

No comments:

Post a Comment