Saturday, October 18, 2014

Memerang -Haiwan bersosial

Kg Lubuk Payong
Near Kuala Tahan, Jerantut

Seusai menyiapkan report harian, saya agak awal keluar daripada Taman Negara.
Berhenti seketika apabila mendengar bunyi riuh rendah beburung Wak Wak ditepi tasik. Saya lihat air tasik berpusar besar dan menyangka seekor ikan tapi bila diamati, ianya seekor memerang yang agak besar.
Sebagaimana dgn memerang yg lain, Memerang Kumis adalah haiwan yg social. Haiwan ini keluar degan kawanan, dan saling melindungi antara satu sama lain. Kekadang, memerang ini akan bergabung dengan kawanan yang lain untuk mencari makan. Jika terdapat memerang yang baru lahir, memerang jantan akan bergilir-gilir menjaga anak itu.
Kumpulan memerang mempunyai hieraki. Seekor memerang jantan yang dominan akan mengetuai kekawan itu. Memerang2 jantan menggunakan tahinya untuk menandakan kawasan mereka (territories) dan memerang jantan yang paling dominan akan meninggalkan paling banyak tahi berbanding jantan yang lain. Lagi satu fakta menarik dari kawan saya, Bob (En Rosta Effendy) mengatakan seekor memerang jantan mempunyai pasangan hidup betina sehingga 15 ekor….! Dia sangat peka dengan bunyi...dan, ini saja yang sempat saya capture dalam beberapa saat sebelum dia hilang didalam tasik biru jernih ...enjoy !
Love wildlife
Sabri



No comments:

Post a Comment