Tembeling Horn-bill Valley Malaysia
Produk baru avitourism dalam negara!
“Tembeling Hornbill Valley of Malaysia” terletak di Jalan
Kampung Tuit ke Kampung Pagi sepanjang 22 kilometer dan dari Kampung Pagi ke
Kampung Kuala Sat sepanjang 31 kilometer. Di sepanjang jalan simpang
Jerantut-Taman Negara menuju ke Kampung Pagi dan Kuala Sat, kepelbagaian flora
dan fauna akan ditemui. Sebanyak 173 spesis burung yang berjaya ditemui pada
Mac dan April 2017 ini dan 9 daripada 10 spesis enggang yang berada di Malaysia
turut berjaya ditemui. Paling mengembirakan, spesis enggang yang berada dalam
status ‘critically endangered’ iaitu Helmeted Hornbill juga berjaya dikesan.
Sejak Lembah Enggang mula dilihat potensinya oleh Persatuan Pencinta Burung
Taman Negara pada tahun 2012, bilangan
enggang dari pelbagai spesis dilihat semakin bertambah. Lintasan (crossing)
yang dibuat pada waktu yang direkodkan menunjukkan Lembah Enggang ini menjadi
laluan kepada pelbagai spesis enggang dan hidupan avian yang lain. Ini
menunjukkan Lembah Enggang mempunyai tarikan yang sangat kuat dalam sektor
perlancongan melalui konservasi enggang yang dilakukan.
Photo by Sabri Abdullah
Contact person :
Abdul Jalil b Abd Rahman
Roslan b Abu Kassim
Email : birdlife.tamannegara@gmail.com