Friday, December 20, 2013

Animal life at Night

Taman Negara
Banyak yang boleh diexplore dari sekecil-kecil serangga sehinggalah mamalia yang terbesar boleh dilihat jika kene cara permerhatiannya.
Jika kita bercakap fasal serangga sahaja, wujud lebih 10,000 spesis didunia dan ada diantaranya yang masih belum direkod mengikut family dan spesis tertentu oleh para saintis.
Explorasi saya yang pertama selepas musim hujan menemui benda yang sama tapi tempat yang berbeza dan waktu yang agak lewat malam ...
Lantern bug, sleeping bird, spider,moth, gecko, stick insect etc..

Buat tatapan ...

















Wednesday, December 11, 2013

Black spitting cobra?

Jalan Taman Negara - Jerantut
Venue: Kg Lubuk Payong

Jika tidak dielak, nescaya matilah tedung selar tersebut.
Kenapa cuma tedung selar yg dicium dalam pertunjukan ular?
Tidaklah sebesar mana, tidak sampai pun 1M panjang. Kesempatan diambil bagi melihat dari dekat sang tedung selar ini, hitam warnanya. Inilah masa saya ber'eksperimen' dengan si tedung selar...Jika kita berhadapan tepat, matanya memang menakutkan. Mampu berdiri sehingga keparas mata kita, spesis ini mampu membunuh seekor gajah kerana 'venom' yang kuat. Venom mampu menumpaskan mangsa dan juga sebagai enzim bagi penghadam makanan.
Paling selamat adalah mengekori drp sebelah belakang, jika tedung selar mengelonsor kedepan ianya tidak akan berpatah ke belakang semula. Tapi jika di takutkan drp sebelah hadapan, tedung selar akan berdiri dan mata akan memandang tepat hingga keparas mata kita, marah!
Kita harus bersedia dgn segala kemungkinan....awas!

Sabri








Sunday, December 1, 2013

Kenapa berubah warna?

Taman Negara

Lokasi dijumpai : depan Mini Market MTN
Time : 11.00am

kenal tak binatang ni... ?
Ada yang cakap iguana, ada yang cakap sesumpah & ada juga ramai orang Melayu yang cakap cicak kubin?? mana satu yang betul yer... aku ingat iguana & sesumpah tu benda yang sama. Ada pelbagai sepsis yang wujud dalam dunia dgn pelbagai saiz, warna & bentuk.
Yang saya ambil gambar ni saya tak pasti daripada spesis yang mana. Tekstur spt bersisik dan ekor agak panjang. Makanan binatang2 kecil spt serangga ..

'Sesumpah' ...sering berubah wajah, & sering digunakan oleh politician bagi melebel musuh politik mereka.

Sebenarnya, masa saya tengah dok ambil gambar burung2 hinggap pada pokok Ara Beringin, dia jatuh dari atas pokok. Saya gi tengok rupa-rupanya binatang ni yang diorang kata cicak kubing. Warna hijau terang. Saya bukan kenal sangat dengan binatang ni. Yang saya tau cuma iguana yang mahal harganya kerana bentuk yang cantik & tidak agresif.
Daripada keluarga cicak seperti mana iguana, sesumpah, cicak kubin, biawak, buaya dan banyak lagi. Di Malaysia binatang ini glamor dengan nama sesumpah sebabnya warnanya boleh berubah-ubah. Sepanjang pemerhatian di Taman Negara, binatang ini hanya berubah kepada 3 warna iaitu coklat kelabu, kehitaman dan merah oren.

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan pertukaran warna sesumpah antaranya cahaya, suhu dan juga mood binatang tersebut. Kadang-kala pertukaran warna boleh menyebabkan haiwan ini lebih selesa dan juga digunakan untuk tujuan komunikasi dengan sesumpah yang lain. Apabila dalam kesejukkan, sumpah-sumpah ini akan bertukar menjadi warna yang lebih gelap kerana warna gelap dapat menyerap lebih haba berbanding warna yang cerah.

Sabri




Friday, November 29, 2013

Keunikan restoran terapong Taman Negara

Kuala Tahan
Taman Negara Pahang

Sejak awal tahun 1970, kewujudan resoran terapong di Kuala Tahan bermula dengan cuma sebuah sahaja. Buluh-buluh rakit digunakan bagi mengapungkan rakit yang seluas 40 kaki panjang.
Restoran Terapung Yang Paling Terkenal Di Taman Negara yang menghidangkan pelbagai masakan Melayu, Barat, Cina dan yang paling popular di kalangan penduduk di sini ialah gulai asam rom dan gulai tempoyak.

Apa yang menarik, selain berada diatas permukaan air sungai Tembeling, menhayati pemandangan hutan Taman Negara dan aktiviti orang-orang kampong adalah diantara yang dapat dilihat daripada restoran terapong.
Sampai jer pelancong di kuala tahan, restoran terapung merupakan 'landmark' sebelum menjejak kaki ke taman negara di seberang sungai tembeling..Bot bagi menyeberang ke Taman negara juga daripada restoran terapong. Atau juga sebagai transit bot dari restoran ke jeti seberang...
Rata-rata semua pengusaha Melayu adalah penduduk tempatan, sekaligus menjana sosio-ekonomi di Taman Negara Pahang.
Restoran terapong mengalami transformasi sesuai dengan perkembangan serta pertumbuhan ekonomi TN, material bagi membuat sebuah rakit terapong juga telah berubah. Daripada buluh rakit kepada tong drum/fiber moden.
Restoran terapong bukan shj menjadi pilihan kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai budget terhad tapi tokoh-tokoh/ VIP didalam negara juga pelancong luar kerana keunikannya.
Saya mohon mencadangkan agar restoran terapong diberi nafas baru, lebih kreatif, dynamik dan bermutu agar terus menjadi daya tarikan kepada dunia.Banyak lagi yang boleh dibuat ...

Restoran terapong 'welcome the world'...!

(saya akan samb kisah rakit terapong ini....)







Monday, October 21, 2013

Paradise Tree Snake

Mutiara Taman Negara Resort

Date: 19 Oct 2013
Venue : Bayan Nuri hall
Time : 10.25am
Serba sedikit tentang Paradise Tree Snake ;
1. The species ranges from Burma, Thailand through Peninsular Malaysia, Singapore to Indonesia and part of Philippines. Part of Indonesia, Borneo, Sulawesi and Jawa.
2. Commonly found in the garden and secondary forest and active by day.
3. Diet -lizard, gecko
4. Good climber
5. Body is slender and the long tail
6. Max Saiz 1.2M-2M

by Sabri







Sunday, October 20, 2013

Bercakap dengan Raja Udang

Sebuah coretan pagi ...
Venue: Jalan Jerantut - Kuala Tahan

Sampai ke corner diselekoh balak Padang Piol, dia menerjah masuk melalui tingkap waja saya dan mungkin kepeningan seketika. Saya memperlahankan kenderaan tapi tidak berhenti!
Dia melompat2 diantara kerusi dan gear, sesekali bertenggek diatas stereng kereta. Dalam hati, dia ni sakit ke? Apa kes? Lama dia duduk di atas beg hitam yang saya letakkan diatas lantai sebelah kerusi tu...Seperti biasa saya meneruskan pemanduan sekitar 60km s/jam.
Pada masa ini saya mula bercakap, bertanya serta menasihati ...saya kata, kalau awak sakit saya akan bwk balik. Sampai area Kg Merting saya memberhentikan kereta (betul2 tempat dimana kereta saya berasap semalam). Saya keluar mengambil kamera yg kebetulan saya bawa & mengambil beberapa gambar. Dalam fikiran saya memang dia sakit (mungkin kepaknya patah sebab saya lihat beberapa helai bulu jatuh)
Selepas mengambil beberapa keping gambar, saya buka pintu kereta dan dia terbang rendah kehutan sebelah jalan ...harap dia selamat.
Dia yang saya cerita diatas adalah Burung Raja Udang yang menumpang kereta saya selama 10 minit. Walau dia tak bayar tambang tapi saya puas ...cuma 'memang touching ...''!
Sb















Saturday, October 12, 2013

Taman Negara : The best place to see Malayan Tapir

Spp     :Tapirus
Venue : Mutiara Taman Negara resort
Time   : 7.05pm

For more details on Tapir, please go to my previous post below :
Imej by : Sabri


Sunday, September 22, 2013

Lantern flies

Lantern Fly
Venue ditemui : Rentis belakang resort MTN
Time     : 5.30pm
Jumlah  : 2 ekor

Agak unik & biasa kelihatan hidup di atas pokok dan agak luar biasa.

Ciri yang paling luar biasa adalah panjangnya anterior kepala, yang mengandungi sambungan pouch like dari saluran penghadaman. Struktur ini kelihatan bercahaya pada masa-masa tertentu, satu fenomena yang mungkin berkaitan dengan tingkah laku semasa bersama pasangan.
Beberapa lanternflies mengeluarkan lilin putih dalam bentuk filamen atau serbuk. Diseselah negara India Amazonian percaya bahawa gigitan lanternflies boleh menyebakan kematian. 

Perlu lebih pemerhatian agar dapat melihat perangai lanterflies yang dikatakan ada hubungan dengan cicadas.

imej : Spiderberuk



Monday, August 26, 2013

Mantis VS Cicada

Pernah dengar kawan makan kawan? 
Tapi dia ni lagi ganas! Makan sedara & pasangannya.

Ada yang panggil mentadak, tapi bahasa di sebelah kampong pesisir sungai Tembeling panggil Gancong.
Mengimbau kembali zaman 70,80 an semasa zaman kanak-kanak dan masih ingat zaman tidak berlampu TNB dan LLN cuma pada sebelah malam. Kalau di Kuala Tembeling gen-set LLN akan dihidupkan oleh arwah pakcik Adam pada sebelah malam dan sedikit collection duit untuk additional pada hariraya. Disebelah kampong pendalaman masih berpelita dan ada juga yang berlebihan duit membeli generator sendiri. Zaman dulu-dulu manalah ada peti television bergambar nak tengok. Teringat masa tu The greatest Muhammad Ali nak bertinju dengan Jos Frazior, org kampong turun ke pekan Tembeling nak menonton TV. Diantara cerita2 menarik zaman tersebut ; COMBAT, Little house in the prairie, apa lagi …tak ingat dah!



Duduk umah dalam gelap berpelita dan bermain dengan Gancong, dok menanya Gancong mamacmana keadaan orang lain tidor. Gancong memang suka mengangguk kepala setiap masa.

Taman Negara adalah syurga bagi serangga2 kecil. Mentadak akan keluar aktif sebelah malam dan menghampiri lampu kerana disitulah serangga2 kecil berkeliaran dan berpeluang cerah untuk mencari makan.
Rupa bentuk tidak lah berapa menawan tapi agak ganas dan kaki melekat bila bersentuh. Jarang nampak mantis warna macam ni. Di Malaysia, ada pelbagai jenis telah direkodkan dan sedikit maklumat saya jumpa semasa berguru dengan abang ‘GOOGLE’ tentang serangga mantuis ini. Rasa2nya mentadak ni sesat, sebab time snap mentadak ni pun sudah masuk pukul 1.00 malam depan guest house resort Mutiara. Lagi pelik, mentadak ni macam pandai berlakon, time kna snap tidak pula dia terbang, kadang-kadang berlakon jatuh and pura2 letih. Gambar yang amik ni agak lewat sebab serangga (cicada) yang dimakan sudah 60% telah dibaham. Pelik juga mula2 bila mau snap...sebab takut berlaku benda2 yang pelik2….  
Nak details, boleh baca sini …



Mengimbau kenangan ; Sabri & thank you Pian Jepun ...

Saturday, August 10, 2013

World longest insect found in Taman Negara?

Taman Negara Kuala Tahan
5 Aug 2013

Saya bergegas kesokkan hari dengan membawa kamera tapi ianya telah menghilangkan diri. Seorang pemandu pelancong yang berkhidmat dengan Mutiara Taman Negara, Izhar telah menjumpai seekor stick insects betina yang berukuran lebih 45cm panjang badannya semasa trekking ke kanopi walkway lebih kurang jam 10.45am. Dan diberitahu juga, panjangnya boleh extant lagi ...



The longest insects on the planet are stick insects, which have evolved a bizarre shape to hide themselves from predators among branches, twigs and foliage.
The giant walking stick from Southeast Asia is the longest variety, growing to as long as about 2 feet in length. Some species can produce a pungent-smelling defensive spray, but these bugs are mostly harmless and are often kept as pets.

Jika berjaya disahkan, maka kita bakal menempatkan Taman Negara sebagai tempat penemuan 'world longest insect' mengalahkan penemuan di Borneo dan lain-lain tempat.

Sb

Thursday, July 4, 2013

Wild elephant check-in at Mutiara!

Taman Negara Pahang
I was able to upload these pictures again ....just happy to share!
Below email from guest about the elephant pix ...

Dear Sabri,
We came back to Paris this morning with a lot of souvenirs of Malaysia and in particular from Taman Negara. Really surprise the photo on elephant! We appreciate a lot your hospitality and the comfort of Mutiara Resort.
As reminder of this pleasant moment we send you a photo of our night walk in the Park.
All the best for you and your family,
Stephane, Cecile, Eugenie and Emilio

Hi sabri thanks for the funny fotos !!! And for the wonderful time at teman negara. Kind regards from tokyo maggie
Von meinem iPhone gesendet
Am 13.05.2013 um 13:26
Heyyy sabri!
Im so happy you sent me the elephant by email so quickly!
Don t worry i will put the comment in every languages :-)
A big thanks for your help i was really pleased to met you!
See you.... Jeessica

Dear Sabri
Thank you for sending us the pictures of the elephant.  We did enjoy our holiday at Taman Negara.  It was a wonderful experience and we are grateful to you and all the lovely people at the Mutiara Taman Negara Resort for all your kindness to us. After leaving Taman Negara we had two days in Kuala Lumpur and then back to Sydney and our home at Mollymook on the New South Wales South Coast.  We have lovely memories of our three days at Taman Negara.

With our very kind regards
John & Trish Moon from UK

Dear  Mr Sabri
I am sent 2 pic.from the winter 2012 with a lots  of snow   in the front off may home in the city Amersfoort  Netherlands
thanks for sent the Elephant pic and the family pic.
bay bay   from Mr van Veenendaal

Fast Facts
1. In both East and West Malaysia, the main human population centers are near the coast.
2. Taman Negara National Park, in the heart of peninsular Malaysia, has the largest known population of elephants in Southeast Asia.
3. The red-banded langur occurs only in the peat swamp forests along Sarawak’s Maludam River; their total population numbers fewer than 200
4. Bornean pygmy elephants are found only in Sabah.
5. Although Malaysia is increasingly industrialized, large-scale agriculture and forestry are important sources of employment and revenue for many rural households

Thank you to photographer from Qantas Air journalist, very nice shot!
Photo taken last year at Mutiara Taman Negara resort compound....Sabri


Tuesday, June 11, 2013

Kumbang Tanduk?

Depan lobby Mutiara Taman Negara

Tatkala ramai orang berkumpul untuk memulakan aktiviti meredah hutan, dia muncul dan menjadi perhatian ramai. Kemunculan tidak disangka-sangka dan kumbang jenis 'Rhinoceross' ini menurut Perhilitan dilindungi dibawah AKTA Taman Negara dan mengambil, menyimpan dan menjual boleh dikenakan denda tidak kurang daripada MYR50K bagi setiap seekor kumbang ini.

Secara general, putaran hidup kumbang adalah seperti berikut ; bermula dengan telur, fasa 1,2 & 3 dipanggil Instar sebelum menjadi 'pupa' dan seterusnya kumbang dewasa.
Apa yang menjadi pemerhatian saya, apabila kita memegang abdomen kumbang dan cuba mengangkat, maka kita akan dapat melihat bahagian kepala akan secara automatic terangkat seperti seakan ada 'exzober' dan didalam keadaan bersedia untuk menyerang ! Tidak perlu risau keran kumbang adalah tidak merbahaya dan disesetengah Negara dijadikan binatang peliharaan yang bernilai...

Spider beruk



Friday, April 12, 2013

PERAHU JALUR SG TEMBELING -sedikit pencerahan


Kuala Tahan

Perahu Jaur adalah gelaran dan nama bagi bot yang terdapat di sepanjang Sg Tembeling.

Terbahagi kepada 2 saiz ; 12 penumpang berserta atap (bumbung zink) dan 4 penumpang (tiada atap. Bagi perahu 12 penumpang, engine berkapasiti 40 kuasa kuda dan untuk 4 penumpang menggunakan diantara 15-25 kuasa kuda.
Kuasa Kuda adalah sebutan sinonim disini ; menggambarkan kuasa engine tersebut (horse power)
Sebelum kewujudan perahu jalur, boat house digunakan oleh kerana perjalanan yang memakan masa 2-3 hari untuk sampai dan menggunakan tenaga manusia sahaja.
Perahu jalur  telah digunakan bukan sahaja membawa kargo dan barang-barang tetapi juga untuk membawa penumpang. Perahu Jalur boleh memuatkan dua belas penumpang dan lebih kurang 600 kg barang. Pada zaman dahulu, jika dari Kuantan ke Kuala Pahang sewa yang dikenakan untuk satu perjalanan ialah $25.00. Syarikat Lombong Bijih Timah Sungai Lembing (PCCL) telah memulakan perkhidmatan harian antara bandar Kuantan dan Pasir Kemudi. Dari Pasir Kemudi penumpang dan kargo dibawa dengan keretapi ke Sungai Lembing.
Sebelum siap jalanraya dari Jerantut ke Kuantan,  pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan akan menggunakan perahu atau rakit menghilir Sungai Pahang atau untuk pergi ke Pekan.
Setelah beberapa tahun kerajaan Inggeris mentadbir Pahang, usaha membina jalanraya pun dimulakan. Pada penghujung tahun 1910 jalan sepanjang 18 batu dari Kuantan menuju Ulu Pahang siap dibuka kepada orang ramai. Feri mula dibuka dan digunakan oleh orang ramai pada 5 September 1910 di Kuantan. Dalam tahun 1918 jalan raya Jerantut-Kuantan dapat dihubung terus ke Kuala Lipis. Hujung tahun 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka dengan rasminya. Kemudahan perhubungan negeri ini terus maju dengan banyaknya pembinaan jalan raya, jambatan dan lapangan terbang serta pelabuhan. Kesemuanya ini dapat memendek dan memudahkan perjalanan serta perhubungan antara satu tempat dengan satu tempat di Negeri Pahang Darul Makmur di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura  di sebelah selatan dan Thailand di sebelah utara.


perjalanan bot hampir 6jam daripada Kuala Tembeling hingga  ke Ulu Tembeling...
perahu kecil biasa diguna bagi menjala ikan kerana senang dikendali..

Sultan Pahang pernah menggunakan perahu jalur satu ketika dahulu ..
paras air rendah menyukarkan perjalanan bot...

banyak penambahbaikan telah dibuat sekarang, diantaranya  pengunaan material 'fiber'


Spider Beruk

Friday, March 22, 2013

Longhorn Beetle

Kuala Tahan
venue : Depan Bayan Nuri hall
Only can be found at the tropical Rain forest spt Malaysia, Thailand & Indonesia.
Longhorn beetle that I found in front of Bayan Nuri hall last 2 days is very interesting.
This beetle isn't very colorful, but I do like those feet! A lot of insects have interesting hooks, pads and other contrivances on their feet, you could probably make a book out of the different pix.

Note:
Kelakuan beetle ini agak unik apabila disentuh / jika uba diusik atau cuba ditelentangkan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring (beep sound macam phone ring) dan kaki yang kuat melekat pada ranting kayu. Apa-apa pun lihat pix yang diambil dari camera Sony, Cybershot 10.1MP
Saya sempat berkongsi keunikan beetle bersama kumpulan pelancong daripada Holland.
Apa-apapun ; SubhanAllah

Sabri







Friday, March 15, 2013

Burung Jepun VS Malaysia

Lobby Mutiara Taman Negara Resort
Email saya terima drp guest daripada negara Jepun beberapa hari yang lalu ...

Dear Mr. Sabri,

Hello, I'm Yutaka Yamazaki from Kanagawa, Japan. Me and my friend Shota visited Taman Negara for birdwatching March 1st to 7th this year. I hope you remember us.

Thank you very much for provinding us wonderful time at Taman Negara. Mutiara

Resort was most restful place for birdwatching. It was a pity that we couldn't stay at your resort because of no vacancy. We are sure that we are going to stay at Mutiara next time.

Attached photo is Chestnut-breasted Malkoha that I took when we met you first time.


Best regards,
Yutaka Yamazaki

Ulasan saya :
  • Orang luar (esp foreigner) menghargai nilai keindahan 'nature' yang kita ada.
  • Hasil yang baik adalah daripada equipment & teknik yang baik juga
  • Minat mengatasi segala-galanya, mampukan kita memikul kamera & equipment seberat hampir  6kg dan berjalan didalam hutan dari awal pagi dan cuma kembali ke resort pada sebelah petang dengan berbekal roti & air?
Sabri - well done Mr Yutaka & friend