Monday, November 28, 2011

suara dari dalam tanah?

lokasi ditemui     : dalam bilik air Mutiara
diamana Mutiara : Taman Negara

Kalau Pak Nujum seorang yang bijaksana, apa binatang didalam genggaman tangan beta? Tu citer P Ramlee, tapi spesis belalang ni tak boleh nak genggam dalam tapak tangan coz besar gila...sorok dalam baju boleh lah!

Bunyi yang agak kuat dan  nyaring diwaktu malam sahaja, tapi bila dibuat pemerhatian dengan lampu suluh...aahhh! susah nak tengok kerana warna menyebabkan kita keliru. bunyi dikeluarkan dari arah yang berbeza dari beberapa ekor belalang. Seakan suara seperti dalam tanah! Jika kita tidak fokus dan sedikit sabar jangan harap dapat tengok.

Dimana ada tumbuhan hijau disitu kita boleh melihat belalang atau grasshopper ini. Keseluruhan badan berwarna hijau. Pemerhatian kali ini tertumpu kepada seekor belalang yang bersaiz agak besar didalam public toilet di resort Mutiara.
Melompat, berjalan dan juga terbang adalah sifat semulajadi pada seekor belalang. Secara keseluruhannya belalang dibahagikan kepada 3 bahagian utama ; abdomen, thorax dan bhg kepala.
Rujuk kepada gambarajah dibawah :


Photo yang saya ambil secara menegak kerana kedudukan agak tinggi dan melekat di dinding bilik air ..





Spesifikasi belalang adalah seperti berikut:

Saiz lebih kurang 12cm panjang dari kepala ke ekor.
Terdapat 6 jointed legs ; kaki depan untuk berjalan, kaki tengah untuk memegang dan melekat kuat serta kaki belakang (jumping legs) yang kelihatan disorok diguna apabila perlu untuk melompat kuat. Sebab itu apabila kita cuba memegang, belalang akan cuba melompat dan akhirnya jumping legs akan tertanggal. Saya masih ingat masa kecil2 dulu bila tangkap belalang ni kome akan cabut kaki belakang dan dia tak boleh melompat!
Bernafas : dari lubang2 kecil yang terdapat dibahagian badan dipanggil 'Spiracles'
Diet        : tumbuh-tumbuhan hijau
Predator : birds, beetles yang bersaiz besar dan spider

Sedikit kajian saya untuk kita fikir bersama :
Kenapa kebanyakan belalang hijau ini akan hampir ke cahaya lampu?
Belalang akan melekat disatu-satu tempat untuk berehat dan biasanya dibawah sinaran cahaya. Otaknya kan memokus dan memberi perintah kepada sel-sel berpigmen warna kuning didalam kulitnya untuk membesar berbanding sel biru dibawahnya. Selepas beberapa waktu dan ketika, belalang akan berubah warna menjadi hijau dan warna yang terang akan membantu kulit memantul cahaya yang cerah. Jika keadaan cuaca agak sejuk, belalang akan berubah warna gelap kerana warna gelap akan menyerap cahaya dan haba panas berbanding terang.
fikir zikir ..


Sabri

Thursday, November 17, 2011

CICADA- the jungle orchestra !

http://www.facebook.com/pages/Taman-Negara-Specialist/215853945142284


Orang kita Melayu kabo Riang-Riang kerana bunyinya yang nyaring dan beralun-alun tanpa henti mengambarkan keriangan dan hidup tanpa kematian. Jika kita berada didalam hutan bunyi nya seakan-akan seperti kumpulan orang menggunakan mesin ‘chain saw’ ..

Juga kebanyakan Negara-negara sebelah barat dikenali sebagai ‘tree cricket’.

Ukuran panjang 2-5cm dan disesetengah Negara tropical mencecah 15cm. Jika diamati, cicada mempunyai 3 mata kecil yang terletak diatas kepala diantara 2 mata yang besar (mata kumpuan)



Perlu diketahui, hanya cicada jantan sahaja yang mengeluarkan bunyi yang nyaring bagi menarik tumpuan cicada betina untuk ‘dating’. Setiap spesis berlainan buyi dikeluarkan bergantung kepada tempat dimana habitat tersebut ditemui.

‘Life cycle’cicada ni yang agak interesting ~ dia akan berada didalam tanah sehingga paras 1 meter dan hidup sehingga 5-7 tahun. Ada terdapat fakta yang meyakinkan sehingga 17 tahun bergantung kepada jenis, habitat dan iklim sesebuah Negara. Pada peringkat ini kita panggil pra-matang dan hanya memakan dengan cara menghisap makanan daripada tisu akar pokok yang lembut (jus daripada akar pokok). Selepas tempoh tersebut, cicada yang telah matang akan keluar daripada dalam tanah dan akan mejalani hidup Cuma sekitar 4-6 minggu sahaja. Tempoh ini kita panggil tempoh ‘berbulan madu tanpa khawin’. Cicada jantan tidak makan dan minum selama tempoh tersebut dan hanya akan berusaha menarik cicada betina untuk bersama kerana masa yang terhad.

Apa diet cicada ? Cicada berpuasa selama hidup yang singkat. Tapi perlu kita ketahui, cicada dapat memproses makanan dari dalam tubuh sendiri. Terdapat sejenis enzim yang dikeluarkan apabila membuat bunyi dan dalam masa tersebut juga makanan diproses.

Bunyi dapat dikelurkan melalui vibration daripada abdomen.

Apabila menghampiri saat kematian, cicada akan melekat pada batang pokok dan jika kita bernasib baik kita akan dapat membuat pemerhatian kulit cicada kosong.

Dinegara Australia sahaja terdapat lebih 2000 spesis Cicada. Ada yang jenis dipanggil Whisky Drinker, Double Drummer dan sebagainya. Green Grocer adalah among the loudest insect in the world!

Cuba kita bayangkan, jika berda didalam hutan tanpa bunyi nyaring cicada… bagaimana hidup anda tanpa MUZIK?

Fikir,fikir kan juga kebesaran Nya dan kita sebut 'Allahuakhbar ' !

Sabri

Wednesday, November 16, 2011

Cotton Insect or Ulat Kapas


 (like my pages in FB ...)

Strange insect found in Taman Negara !11.11.2011
We only call Ulat Kapas or Cotton insect !


(Penemuan pagi tadi 11.11.11, pernah kelihatan lama dahulu tapi kali ini didalam kumpulan yang agak ramai +- lebih 100 ekor)
place found ~ otw to Teresek Hill, Taman Negara
describe ~ ?
saintifik ~ ?
habitat ~ melekat pada pokok rendah dan berkumpulan sehingga lebih 30 ekor
hasil pemerhatian : ~
Sejenis serangga yang agak pelik, jika disentuh akan menanggalkan kapas seperti serbuk putih.
Ulat Kapas ini bergerak dengan agak perlahan tetapi akan melompat dengan pantas apabila terdapat ancaman. Badan diselaputi bulu2 seakan seperti kapas. Jika diamati daripada dekat (atau guna mikroskop) akan kelihatan wajah dengan mata dan terdapat mulut yang kecil juga.
Terdapat sekumpulan ulat Kapas lebih daripada 30 ekor juga tapi telah mati dan melekat dibawah daun. Ulat2 Kapas yang masih hidup berkumpul pada batang pokok yang rendah dan tidak bergerak.
Saya cuba memastikan cara ulat tersebut bertindak balas dengan mengambil kayu kecil dan menyentuh, semua ulat tersebut bergerak ke tepi dan akan kembali semula berkumpul didalam kumpulan ramai.





Sekumpulan ulat Kapas yang telah mati, semua melekat dibawah daun pada pokok yang sama. Jika ditiup tidak menanggalkan lagi serbuk seperti kapas tidak seperti ulat Kapas yang masih hidup.

memerhati pergerakan Ulat Kapas dan pergerakan ...

Membuat pemerhatian bersama seorang pelancong ..



Saya cuba buat carian di internet tidak dapat info' tentang Ulat Kapas ini. Akan cuba menghubungi Professor dari Universiti Rikkyo Jepun bagi mendapatkan maklumat secara details jika ada.
Banyak masih belum terjawab :
apa diet dia? berapa lama hidup? cara nak kenal jantan& betina, ulat yang mati tidak dimakan oleh serangga lain, adakah beracun? ...

Sabri
11.11.2011

Thursday, November 10, 2011

Dr Pacat di Taman Negara!


Pacat! Pacat! Pacat!


Pagi ni sembang dgn seorang pelancong Jepun yang buat kajian tentang Pacat...
satu ketakutan bagi pelancong local nak ke Taman Negara. Saya nak share sedikit info fsl pacat ...
Blood sucking lifestyle; gigitan dia tiada infection berbanding kena pisau karat. ada 2 gigi yang mana satu digunakan untuk hisap darah dan satu lagi akan mengeluarkan enzim bagi cairkan darah kita. Dalam dunia ada 500 species yg telah di describe. Habitat biasa; hutan berair, belukar lembab. Diet; darah manusia atau binatang. Pacat mampu melekat pada kulit dan akan injects anaesthetic bagi elakkan kita daripada rasa apa2 drp gigitan sebab itu kita tau2 aje dah pun berdarah!
Boleh menghisap darah sehingga 15ML & akan membesar 11X drp saiz awal. Dah kenyang dia boleh tahan sampai 6 bulan (kira puasa lah tu.. tapi dia ada kaedah untuk mengeluarkan semula enzim makanan untuk hidup)

Soalan cepu emas drp kebanyakan pelancong asing ; kalau pacat tak makan bagaimana dia boleh hidup? pacat makan apa selain drp hisap darah? berapa umur pacat dewasa? bagaimana nak kenal pacat betina atau jantan...haha ada lah kaedah dia tu (kalau nak share kene pulut kuning dulu semangkuk!!) Citer fasal pacat ni boleh buatkan guest ternganga ...
Kita pernah dengar pacat digunakkan didalam perubatan awal (di India sy rasa) untuk removed darah kotor dan mengurangkan sakit kepala teruk dan melancarkan perjalanan darah...
Bagi anak2 kita di bandar yang belum pernah experiance - bagi mereka rasa! Hanya di Taman Negara Pahang.

Sabri

Tuesday, November 8, 2011

Pucuk Ulam Raja

Kuala Tembeling
Selepas tumbangnya 8 ekor lembu Korban ...
Memang menjadi rutin apabila balik ke rumah mak dan meninjau bunga2 liar dihadapan rumah dan sebelah rumah Ustaz Dahalan. Pucuk boleh dibuat ulam2an. Pokok Ulam Raja ini juga punya bunga yang menarik ; pelbagai warna yang cukup menarik. Snap elok pada waktu pagi kerana serapan cahaya yang baik bagi kamera tikam Olympus15MP sahaja.

Sedikit info tentang pokok tersebut ...
Orang Kg panggil           : Ulam Raja
Cara makan                    : petik pucuk segar, basuh dan cicah sambal budu dsbnya..
Nama Saintifik                : Cosmos Caudatus
Nama Lain                      : King salad / Intan Berayun ...
Famili                              : pokok renek Ulam
Lokasi dijumpai              : Kuala Tembeling








Keterangan :
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Mudah membesar dan cuma perlu siraman air yang cukup. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok 'intan berayun'. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Kegunaan :
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. 
note : marilah sama2 kita makan ulam Raja. Saya menlancarkan "Kempen makam Ulam Raja" untuk Kesihatan dengan sokongan penuh Menteri Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia...!!
Sabri