Thursday, November 17, 2011

CICADA- the jungle orchestra !

http://www.facebook.com/pages/Taman-Negara-Specialist/215853945142284


Orang kita Melayu kabo Riang-Riang kerana bunyinya yang nyaring dan beralun-alun tanpa henti mengambarkan keriangan dan hidup tanpa kematian. Jika kita berada didalam hutan bunyi nya seakan-akan seperti kumpulan orang menggunakan mesin ‘chain saw’ ..

Juga kebanyakan Negara-negara sebelah barat dikenali sebagai ‘tree cricket’.

Ukuran panjang 2-5cm dan disesetengah Negara tropical mencecah 15cm. Jika diamati, cicada mempunyai 3 mata kecil yang terletak diatas kepala diantara 2 mata yang besar (mata kumpuan)



Perlu diketahui, hanya cicada jantan sahaja yang mengeluarkan bunyi yang nyaring bagi menarik tumpuan cicada betina untuk ‘dating’. Setiap spesis berlainan buyi dikeluarkan bergantung kepada tempat dimana habitat tersebut ditemui.

‘Life cycle’cicada ni yang agak interesting ~ dia akan berada didalam tanah sehingga paras 1 meter dan hidup sehingga 5-7 tahun. Ada terdapat fakta yang meyakinkan sehingga 17 tahun bergantung kepada jenis, habitat dan iklim sesebuah Negara. Pada peringkat ini kita panggil pra-matang dan hanya memakan dengan cara menghisap makanan daripada tisu akar pokok yang lembut (jus daripada akar pokok). Selepas tempoh tersebut, cicada yang telah matang akan keluar daripada dalam tanah dan akan mejalani hidup Cuma sekitar 4-6 minggu sahaja. Tempoh ini kita panggil tempoh ‘berbulan madu tanpa khawin’. Cicada jantan tidak makan dan minum selama tempoh tersebut dan hanya akan berusaha menarik cicada betina untuk bersama kerana masa yang terhad.

Apa diet cicada ? Cicada berpuasa selama hidup yang singkat. Tapi perlu kita ketahui, cicada dapat memproses makanan dari dalam tubuh sendiri. Terdapat sejenis enzim yang dikeluarkan apabila membuat bunyi dan dalam masa tersebut juga makanan diproses.

Bunyi dapat dikelurkan melalui vibration daripada abdomen.

Apabila menghampiri saat kematian, cicada akan melekat pada batang pokok dan jika kita bernasib baik kita akan dapat membuat pemerhatian kulit cicada kosong.

Dinegara Australia sahaja terdapat lebih 2000 spesis Cicada. Ada yang jenis dipanggil Whisky Drinker, Double Drummer dan sebagainya. Green Grocer adalah among the loudest insect in the world!

Cuba kita bayangkan, jika berda didalam hutan tanpa bunyi nyaring cicada… bagaimana hidup anda tanpa MUZIK?

Fikir,fikir kan juga kebesaran Nya dan kita sebut 'Allahuakhbar ' !

Sabri

No comments:

Post a Comment