Monday, November 28, 2011

suara dari dalam tanah?

lokasi ditemui     : dalam bilik air Mutiara
diamana Mutiara : Taman Negara

Kalau Pak Nujum seorang yang bijaksana, apa binatang didalam genggaman tangan beta? Tu citer P Ramlee, tapi spesis belalang ni tak boleh nak genggam dalam tapak tangan coz besar gila...sorok dalam baju boleh lah!

Bunyi yang agak kuat dan  nyaring diwaktu malam sahaja, tapi bila dibuat pemerhatian dengan lampu suluh...aahhh! susah nak tengok kerana warna menyebabkan kita keliru. bunyi dikeluarkan dari arah yang berbeza dari beberapa ekor belalang. Seakan suara seperti dalam tanah! Jika kita tidak fokus dan sedikit sabar jangan harap dapat tengok.

Dimana ada tumbuhan hijau disitu kita boleh melihat belalang atau grasshopper ini. Keseluruhan badan berwarna hijau. Pemerhatian kali ini tertumpu kepada seekor belalang yang bersaiz agak besar didalam public toilet di resort Mutiara.
Melompat, berjalan dan juga terbang adalah sifat semulajadi pada seekor belalang. Secara keseluruhannya belalang dibahagikan kepada 3 bahagian utama ; abdomen, thorax dan bhg kepala.
Rujuk kepada gambarajah dibawah :


Photo yang saya ambil secara menegak kerana kedudukan agak tinggi dan melekat di dinding bilik air ..





Spesifikasi belalang adalah seperti berikut:

Saiz lebih kurang 12cm panjang dari kepala ke ekor.
Terdapat 6 jointed legs ; kaki depan untuk berjalan, kaki tengah untuk memegang dan melekat kuat serta kaki belakang (jumping legs) yang kelihatan disorok diguna apabila perlu untuk melompat kuat. Sebab itu apabila kita cuba memegang, belalang akan cuba melompat dan akhirnya jumping legs akan tertanggal. Saya masih ingat masa kecil2 dulu bila tangkap belalang ni kome akan cabut kaki belakang dan dia tak boleh melompat!
Bernafas : dari lubang2 kecil yang terdapat dibahagian badan dipanggil 'Spiracles'
Diet        : tumbuh-tumbuhan hijau
Predator : birds, beetles yang bersaiz besar dan spider

Sedikit kajian saya untuk kita fikir bersama :
Kenapa kebanyakan belalang hijau ini akan hampir ke cahaya lampu?
Belalang akan melekat disatu-satu tempat untuk berehat dan biasanya dibawah sinaran cahaya. Otaknya kan memokus dan memberi perintah kepada sel-sel berpigmen warna kuning didalam kulitnya untuk membesar berbanding sel biru dibawahnya. Selepas beberapa waktu dan ketika, belalang akan berubah warna menjadi hijau dan warna yang terang akan membantu kulit memantul cahaya yang cerah. Jika keadaan cuaca agak sejuk, belalang akan berubah warna gelap kerana warna gelap akan menyerap cahaya dan haba panas berbanding terang.
fikir zikir ..


Sabri

No comments:

Post a Comment