Wednesday, November 16, 2011

Cotton Insect or Ulat Kapas


 (like my pages in FB ...)

Strange insect found in Taman Negara !11.11.2011
We only call Ulat Kapas or Cotton insect !


(Penemuan pagi tadi 11.11.11, pernah kelihatan lama dahulu tapi kali ini didalam kumpulan yang agak ramai +- lebih 100 ekor)
place found ~ otw to Teresek Hill, Taman Negara
describe ~ ?
saintifik ~ ?
habitat ~ melekat pada pokok rendah dan berkumpulan sehingga lebih 30 ekor
hasil pemerhatian : ~
Sejenis serangga yang agak pelik, jika disentuh akan menanggalkan kapas seperti serbuk putih.
Ulat Kapas ini bergerak dengan agak perlahan tetapi akan melompat dengan pantas apabila terdapat ancaman. Badan diselaputi bulu2 seakan seperti kapas. Jika diamati daripada dekat (atau guna mikroskop) akan kelihatan wajah dengan mata dan terdapat mulut yang kecil juga.
Terdapat sekumpulan ulat Kapas lebih daripada 30 ekor juga tapi telah mati dan melekat dibawah daun. Ulat2 Kapas yang masih hidup berkumpul pada batang pokok yang rendah dan tidak bergerak.
Saya cuba memastikan cara ulat tersebut bertindak balas dengan mengambil kayu kecil dan menyentuh, semua ulat tersebut bergerak ke tepi dan akan kembali semula berkumpul didalam kumpulan ramai.





Sekumpulan ulat Kapas yang telah mati, semua melekat dibawah daun pada pokok yang sama. Jika ditiup tidak menanggalkan lagi serbuk seperti kapas tidak seperti ulat Kapas yang masih hidup.

memerhati pergerakan Ulat Kapas dan pergerakan ...

Membuat pemerhatian bersama seorang pelancong ..



Saya cuba buat carian di internet tidak dapat info' tentang Ulat Kapas ini. Akan cuba menghubungi Professor dari Universiti Rikkyo Jepun bagi mendapatkan maklumat secara details jika ada.
Banyak masih belum terjawab :
apa diet dia? berapa lama hidup? cara nak kenal jantan& betina, ulat yang mati tidak dimakan oleh serangga lain, adakah beracun? ...

Sabri
11.11.2011

No comments:

Post a Comment